Rosmah masih di Singapura, sepatutnya pulangkan pasport 21 Nov

December 2, 2021 · Isu semasa

Isteri bekas Perdana Menteri (PM), Datin Seri Rosmah Mansor sepatutnya memulangkan pasportnya pada 21 November lalu bagaimanapun kini masih berada di Singapura.

Perkara itu disahkan peguam bela, Datuk Jagjit Singh dalam prosiding hari ini yang memberi alasan disebabkan rakyat Malaysia lengkap vaksinasi tidak lagi perlu menjalani kuarantin apabila pulang dari Singapura, maka anak guamnya meminda tarikh perjalanan pulang dari 21 November ke 6 Disember ini.

“Oleh itu saya memohon agar kehadiran anak guam saya pada prosiding hari ini dikecualikan,” katanya dipetik dalam laporan Utusan Malaysia hari ini.

Lebih tidak masuk akal, Rosmah juga melanggar perintah Mahkamah Tinggi dan tidak memaklumkan secara rasmi berhubung penukaran tarikh pemulangan pasport yang sepatutnya dibuat pada 21 November lalu.

Peguam Rosmah itu kemudian memaklumkan pihaknya terlepas pandang berhubung perkara tersebut dan memohon agar kes ditangguhkan kepada Isnin ini sambil mengakui bahawa ketidakhadiran anak guamnya itu adalah satu pelanggaran terhadap perintah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Terdahulu, Hakim Datuk Hanipah Farikullah yang mengetuai panel tiga hakim menyoal sama ada pihak pembelaan memohon lanjutan masa dari Mahkamah Tinggi berhubung perubahan jadual perjalanan tersebut.

“Perintah Mahkamah Tinggi jelas menunjukkan bahawa perayu (Rosmah) perlu balik ke Malaysia sebelum atau pada 21 November ini dan perlu pulangkan semua pasport pada 6 Disember. Pindaan jadual perjalan ni, ada minta (kebenaran) daripada Mahkamah Tinggi?,” tegas hakim itu.

Soalan sama turut diajukan Hakim Datuk M. Gunalan berhubung kebenaran untuk Rosmah meminda jadual pulang ke Malaysia. Turut bersidang ialah Hakim Datuk Hashim Hamzah.

Rosmah tidak hadir pada perbicaraan hari ini, bagaimanapun Mahkamah Rayuan menggunakan budi bicaranya untuk tidak mengambil sebarang tindakan berhubung perkara tersebut.

Rosmah merayu keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk membatalkan perbicaraan kes rasuahnya membabitkan projek tenaga solar dan menggugurkan Datuk Seri Gopal Sri Ram daripada mengetuai pendakwaan dalam kes terbabit.

Mahkamah Tinggi sebelum ini membenarkan beliau ke Singapura bagi melawat anak perempuannya Nooryana Najwa dari 22 Oktober dan mesti pulang ke Malaysia pada atau sebelum 21 November 2021.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan turut menetapkan syarat bahawa pasport Rosmah mesti dikembalikan pada atau sebelum 6 Disember 2021.

Berita berkaitan
Rosmah mohon representasi baharu gugur 17 pertuduhan kes mahkamah
December 13, 2023· Politik
Mahkamah tolak permohonan penghakiman terus syarikat barang kemas terhadap Rosmah
November 29, 2023· Isu semasa
Kemalangan van di Balik Pulau korbankan seorang warga Singapura
September 25, 2023· Isu semasa
PMX kata 47 kes mahkamah Zahid dihentikan kerana boleh dipersoalkan: Laporan
September 15, 2023· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Hubungi 997 jika kena scam
October 14, 2022
Iklan ‘duit raya’ GDBET333 dinyahaktif
April 16, 2021
Hijrah Diri Jakim bantu LGBT kena serang, dikeluarkan dari Google Play
March 18, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok