Rosmah kemuka 127 alasan rayuan

October 14, 2022 · Isu semasa

Datin Seri Rosmah Mansor mengemukakan 127 alasan dalam petisyen rayuannya setelah didapati bersalah atas tiga pertuduhan rasuah berhubung projek solar hibrid melibatkan 369 sekolah di luar bandar Sarawak.

Petisyen rayuannya difailkan oleh peguam caranya, Tetuan Akberdin & Co di Mahkamah Rayuan pada Khamis (13 Oktober 2022).

Antara lain rayuan itu mengatakan hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan telah tersilap membuat keputusan memerintahkannya membela diri, sambil mendakwa kononnya pihak pendakwaan gagal membuktikan dia meminta wang daripada Jepak Holdings Sdn Bhd dalam pprojek solar bernilai RM1.25 bilion itu.

Tumpuan utama alasan itu ialah Rosmah tidak meminta rasuah, kerana ianya dilakukan bekas pembantunya Datuk Rizal Mansor, dan ditawarkan oleh bekas Pengarah Urusan Jepak Holdings Saidi Abang Samsudin dan bekas rakan perniagaannya Rayyan Radzwill Abdullah.

Dengan ini, peguam Rosmah mendakwa bahawa Mahkamah Tinggi telah tersilap dalam memutuskan untuk memerintahkan membela diri, apabila tidak ada permintaan (rasuah) olehnya, seperti yang dilakukan oleh Rizal, menurut petisyen itu.

Petisyen itu menyatakan bahawa hakim gagal menghayati elemen di bawah Seksyen 16 (a) A Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, dalam memutuskan untuk memanggil pembelaan.

“Tawaran datang daripada Saidi dan Rayyan untuk membantu suami Rosmah dan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Pilihan Raya Umum Ke-14, dan ini dicerminkan dalam kenyataan pembukaan kesnya,” kata petisyen itu.

Rizal, menurut dokumen itu, adalah “dalang” sebenar dan mendapat manfaat daripada permintaan itu, dan saksi berkenaan sendiri telah mengakui bahawa dia menerima sebahagian daripada wang rasuah itu.

Tambahan pula, hakim Mahkamah Tinggi didakwa tersilap, apabila ditunjukkan Jepak Holdings memperoleh projek itu melalui surat menyurat yang dihantar melalui Setiausaha UMNO Bahagian Pekan Datuk Ahmad Aazmey Abu Talib, di mana 11 daripada nota yang diminitkan oleh Najib adalah daripada Aazmey, yang memajukan surat kepada PM ketika itu.

“Ini menunjukkan Rosmah bukan ‘penggerak utama’ projek itu,” kata dokumen mahkamah itu menurut TheEdge.

Pada 1 September lalu, Rosmah gagal dalam pembelaannya terhadap tiga pertuduhan meminta suapan RM187.5 juta dan menerima suapan masing-masing berjumlah RM1.5 juta, serta RM5 juta berkaitan projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di 369 sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion.

Dalam ringkasan keputusan 100 muka surat, Mohamed Zaini berkata beliau mendapati tertuduh gagal menyangkal andaian bahawa dia tidak menerima jumlah wang itu.

Berikutan sabitan kesalahannya, Zaini menjatuhi hukuman penjara 10 tahun dan denda RM970 juta – jumlah yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Kes Rosmah gagal isytihar pendapatan kepada LHDN dibicara Mei tahun depan
December 1, 2022· Isu semasa
Portal dakwa Anwar akan pilih Zahid sebagai TPM, balas jasa anak murid
November 30, 2022· Politik
Selepas jadi PM tersingkat, kes saman Ismail Sabri dengan Lokman selesai tanpa bicara
November 29, 2022· Isu semasa
Rayuan batal PRU-15 ditolak, hari pengundian diteruskan Sabtu ini
November 15, 2022· Isu semasa
Popular
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
December 2, 2022
Sembilan pertuduhan rogol, amang seksual dihadapi penceramah bebas
November 29, 2022
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
Malaysia berdaya saing jadi negara ekonomi digital
January 13, 2022
Lagi Isu semasa terkini
2,421 kes baharu, 9 kematian
23 jam lalu · Isu semasa
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
December 2, 2022 · Isu semasa
Pelajar Kafa duduki ujian dalam banjir
December 2, 2022 · Isu semasa
2,375 kes baharu, 11 kematian
December 2, 2022 · Isu semasa
MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan di Kelantan, Terengganu hingga Sabtu
December 2, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Jangan berkira duit balik mengundi demi bangsa dan agama
December 3, 2022
[VIDEO] Ucapan Sanusi di PRK Padang Serai
December 3, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok