Rosmah gagal tangguh kes rasuah projek solar 369 sekolah

October 4, 2021 · Isu semasa

Isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Datin Seri Rosmah Mansor gagal menangguhkan perbicaraan kes rasuahnya esok membabitkan projek hibrid solar untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak sementara menunggu pelupusan rayuan beliau dalam kes sama.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Seri Kamaludin Md Said, yang membuat keputusan sebulat suara, berkata mahkamah berpendapat prosiding di Mahkamah Tinggi perlu diteruskan.

Susulan keputusan tersebut, Rosmah perlu memberi keterangan sebagai saksi pembelaan pada perbicaraan kes itu di Mahkamah Tinggi esok.

Bagaimanapun, Kamaludin berkata Rosmah masih boleh meneruskan rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan beliau untuk membatalkan perbicaraan kes itu dan menggugurkan Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai pendakwa utama.

Memetik Bernama, beliau berkata keputusan itu tidak akan memprejudis Rosmah dan berharap tarikh pendengaran rayuan tersebut boleh dipercepat.

Turut bersidang Datuk Nordin Hassan dan Datuk Hashim Hamzah.

Rosmah telah diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi pada 18 Februari lalu untuk membela diri atas tiga pertuduhan rasuah.

Beliau memfailkan dua permohonan di Mahkamah Tinggi pada 6 Mei lepas bagi membatalkan keseluruhan perbicaraannya dalam usaha untuk dibebaskan daripada ketiga-tiga pertuduhan serta menggugurkan Sri Ram.

Rosmah berdepan pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah RM6.5 juta daripada bekas Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd Saidi Abang Samsuddin melalui bekas pegawai khasnya Datuk Rizal Mansor.

Wang itu didakwa sebagai upah bagi membantu Jepak Holdings mendapat projek bernilai RM1.25 bilion melalui rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di Lygon Cafe, Sunway Putra Mall, Jalan Putra, Kuala Lumpur antara bulan Mac dan April 2016.

Bagi pertuduhan kedua, Rosmah didakwa menerima RM1.5 juta daripada Saidi bagi tujuan sama di kediaman beliau di Jalan Langgak Duta, Taman Duta pada 7 September 2017.

Beliau juga berdepan pertuduhan menerima RM5 juta daripada Saidi menerusi Rizal sebagai upah membantu Jepak Holdings mendapatkan projek sama pada 20 Dis 2016 di Seri Perdana, Putrajaya antara Januari 2016 dan September 2017.

Rosmah telah memfailkan permohonan baharu untuk penangguhan di Mahkamah Rayuan selepas Mahkamah Tinggi menolak permohohannya berhubung perkara itu.

Terdahulu, pada prosiding yang dikendalikan secara dalam talian, peguam utama Rosmah iaitu Datuk Jagjit Singh berhujah bahawa penangguhan hendaklah dibenarkan kerana keadaan kes yang luar biasa.

Bagaimanapun, Sri Ram berhujah fakta prosiding itu mungkin dibatalkan bukanlah keadaan luar biasa yang membolehkan kes itu ditangguhkan.

Sementara itu, seorang lagi peguam Rosmah iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader ketika dihubungi berkata pihaknya akan memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan hari ini.

Berita berkaitan
Pengarah urusan syarikat tipu pakej umrah dipenjara 10 tahun
August 9, 2022· Isu semasa
Shahrir bayar penuh beli kereta Honda RM118,485 guna cek: Saksi
August 8, 2022· Isu semasa
Saksi kes Guan Eng akui bayar orang tengah RM19 juta sebab diugut
August 8, 2022· Isu semasa
Saman Muhyiddin: Permohonan injunksi Zahid ditolak mahkamah
August 8, 2022· Politik
Popular
Najib tarik balik dakwaan hakim rasuah, berkeras minta perbicaraan semula
August 9, 2022
Skandal kapal tempur TLDM ‘ribut’ jatuhkan BN, UMNO pada PRU-15
August 9, 2022
PN gesa tubuh Suruhanjaya Bebas Diraja siasat skandal kapal tempur
August 9, 2022
Mahkamah lepas, bebas Peter Anthony daripada enam tuduhan
August 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Mahkamah lepas, bebas Peter Anthony daripada enam tuduhan
9 jam lalu · Isu semasa
Warga Indonesia antara empat didakwa racun burung merpati
10 jam lalu · Isu semasa
UMNO cawangan terima RM10,000 daripada Shahrir Samad, kata saksi
10 jam lalu · Isu semasa
Polis rampas dadah RM1.3 juta di KL, tahan enam individu
10 jam lalu · Isu semasa
Dewan Negara sebulat suara lulus RUU antilompat parti
12 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok