Rosmah fail representasi gugur 17 tuduhan pengubahan wang haram

May 12, 2023 · Isu semasa

Perbicaraan bagi 17 tuduhan pengubahan wang haram RM7.1 juta dan pengelakan cukai terhadap Datin Seri Rosmah Mansor yang dijadualkan hari ini ditangguhkan ke 24 Ogos depan susulan representasi difailkan bagi menggugurkan pertuduhan tersebut.

Penangguhan itu dibuat Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, K Muniandy bagi memberi masa kepada pihak pendakwaan untuk mempertimbangkan representasi terbabit.

“Tarikh ditetapkan untuk bicara sebelum ini iaitu 28 dan 30 Jun, 6, 7, 28 dan 31 Julai, 1, 2, dan 11 Ogos dilapangkan. Bicara akan mula 24 Ogos.

“Jaminan terhadap tertuduh dilanjutkan dan jika representasi itu diterima ia perlu diberitahu kepada mahkamah,” katanya, lapor BH.

Terdahulu, peguam bela Rosmah, Datuk Geethan Ram Vincent berkata representasi itu diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara pada 3 Mei lalu.

“Beberapa fakta dalam representasi berhubung sabitan terhadap anak guam berkaitan projek hibrid solar sebelum ini.

“Saya berharap representasi itu dipertimbangkan pendakwaan dan sebelum bicara mula hari ini, saya mohon penangguhan. Saya percaya pendakwaan tidak bantah permohonan itu,” katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib berkata pihaknya memerlukan sekurang-kurangnya dua bulan untuk menyediakan laporan kepada pihak atasan berkait representasi difailkan isteri bekas perdana menteri itu.

“Saya dengan rendah diri memohon sekurang-kurangnya dua bulan untuk mencapai keputusan representasi sebelum bicara dijalankan. Saya tidak bersedia untuk meneruskan dengan perbicaraan hari ini atas representasi dibuat,” katanya.

Rosmah didakwa di Mahkamah Sesyen pada 4 Oktober 2018, sebelum kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi dan pada 23 Mac lalu, pendakwaan memaklumkan 13 saksi bakal dipanggil untuk memberi keterangan.

Beliau berdepan 12 tuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM7,097,750 juta dan lima tuduhan gagal mengisytiharkan pendapatannya kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) antara 4 Disember 2013 dan 8 Jun 2017.

Pada 1 September 2022, Hakim Mohamed Zaini Mazlan mendapati Rosmah bersalah atas tiga pertuduhan rasuah berkaitan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak dan menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun serta denda RM970 juta.

Hakim itu juga memerintahkan Rosmah dipenjara 30 tahun jika gagal membayar denda berkenaan namun membenarkan permohonan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara dan denda sementara menunggu rayuannya di Mahkamah Rayuan yang akan didengar selama empat hari bermula 11 Julai ini.

Berita berkaitan
Dalam pembelaan kes saman, Rosmah kata barang kemas diberi tanpa diminta
6 minit lalu· Isu semasa
Penulis buku Daim Zainuddin diperintah bayar saman RM1.2 juta
16 jam lalu· Isu semasa
Kes Teoh Beng Hock: Hakim tarik diri dengar semakan kehakiman
20 jam lalu· Isu semasa
Lompat parti empat Ahli Parlimen Sabah, AGC akan bantah permohonan Bersatu
June 1, 2023· Politik
Popular
4 bulan tiada ketua audit negara, kerajaan beria mahu bahas LKAN 2021
June 6, 2023
Penulis buku Daim Zainuddin diperintah bayar saman RM1.2 juta
June 6, 2023
Penganalisis sanggah PMX buat perbandingan kenaikan OPR dengan Singapura
June 6, 2023
P.Pinang-Kedah: Keterlaluan label pandangan Sanusi sebagai jenayah
June 6, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Ditipu skim pelaburan wang, lelaki rugi RM524,800
15 jam lalu · Isu semasa
Selesai polemik agama segera dengan bijak dan tertib, titah Sultan Selangor
15 jam lalu · Isu semasa
Penganalisis sanggah PMX buat perbandingan kenaikan OPR dengan Singapura
16 jam lalu · Isu semasa
P.Pinang-Kedah: Keterlaluan label pandangan Sanusi sebagai jenayah
16 jam lalu · Isu semasa
Pengerusi PH Kelantan dilantik Pengerusi KADA baharu
17 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan PN Best Tanjung Karang
June 5, 2023
[VIDEO] Anwar usah sembang, nak faham orang miskin kena jadi miskin
June 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok