Rosmah fail rayuan hari ini

September 2, 2022 · Isu semasa

Datin Seri Rosmah Mansor hari ini memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mensabitkannya dengan tiga pertuduhan rasuah melibatkan projek solar hibrid di sekolah-sekolah luar bandar di Sarawak.

Notis rayuan itu difailkan melalui e-mel oleh firma guaman Tetuan Akberdin & Co hari ini (2 September 2022).

Menurut notis rayuan, Rosmah berkata dia tidak berpuas hati dengan keseluruhan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohamed Zaini Mazlan yang disampaikan pada Khamis (1 September 2022).

Rosmah juga merayu berhubung keputusan Mohamed Zaini menolak permohonannya meminta hakim menarik diri daripada meneruskan perbicaraan kesnya dan membuat keputusan.

Isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu memfailkan notis usul untuk menyingkir Mohamed Zaini pada 30 Ogos atas dakwaan “penghakiman yang bocor” dan permohonan itu ditolak pada hari sama penghakiman perbicaraan rasuahnya disampaikan.

Pada Khamis Mohamed Zaini telah mensabitkan Rosmah atas tiga pertuduhan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, melibatkan projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di 369 sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion.

Dia didapati bersalah atas satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah – RM1.5 juta dan RM5 juta – daripada bekas Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd, Saidi Abang Samsudin.

Suapan itu diterima melalui bekas pembantunya Datuk Rizal Mansor sebagai ganjaran untuk membantu Jepak Holdings mendapatkan Projek Sistem Hibrid Fotovolta Suria Bersepadu (PV) serta penyelenggaraan dan operasi genset/diesel untuk 369 sekolah bernilai RM1.25 bilion melalui rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan.

Berita berkaitan
Saksi beritahu Jho Low hadir mesyuarat di kediaman Najib
October 5, 2022· Isu semasa
Anak Najib terlepas kes tak bayar cukai RM10.3 juta, LHDN tarik balik rayuan
October 5, 2022· Isu semasa
Pelakon drama popular didakwa di mahkamah muat naik kandungan sumbang
October 4, 2022· Isu semasa
Firdaus Wong lihat tangkap layar mesej lucah didakwa dihantar Ebit Lew
September 30, 2022· Isu semasa
Popular
Kes libat Syed Saddiq lebih berat daripada Rosmah, SRC: Pendakwaan
October 6, 2022
Kenyataan Istana Negara tak sebut pembubaran Parlimen
October 6, 2022
PM menghadap Agong 45 minit
October 6, 2022
UMNO nak PRU masa banjir, Agong tinjau persediaan banjir
October 6, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Guna 16.3% hasil negara bayar faedah hutang membimbangkan
8 jam lalu · Isu semasa
Kenyataan Istana Negara tak sebut pembubaran Parlimen
9 jam lalu · Isu semasa
Kutipan cukai individu 2021 jatuh RM11 bilion: Ketua Audit Negara
10 jam lalu · Isu semasa
Rakyat terbeban, harga barang naik lagi tapi UMNO galak nak PRU juga
10 jam lalu · Isu semasa
PM menghadap Agong 45 minit
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Menteri PN peduli rakyat, hantar petisyen tangguh PRU15
11 jam lalu
[VIDEO] Perkukuh ukhwah, tolak usaha pecah belahkan PN
18 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok