Rosmah beritahu Mahdzir rapat dengan Saidi, Najib tak pernah jerit marah

December 24, 2021 · Isu semasa

Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor semasa perbicaraan kes rasuahnya mendakwa bekas Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid sebenarnya yang rapat dengan bekas pengarah urusan Jepak Holdings Saidi Abang Samsudin.

Rosmah berkata pertuduhan terhadapnya adalah konspirasi kononnya untuk mengenakan dirinya, keluar dan juga suaminya, Datuk Seri Najib Razak walhal sebaliknya Mahdzir yang rapat dengan pemilik syarikat yang didakwa memberi rasuah kepadanya.

Rosmah berkata demikian ketika memberi keterangan pada perbicaraan ke rasuah yang dihadapinya dan menjawab soalan peguamnya, Datuk Akberdin Abdul Kader berhubung tindakan beberapa individu yang menuding jari terhadapnya.

Akberdin: Datin Seri ada berkata mereka menuding jari dan menjadikan anda kambing hitam. Kenapa?

Rosmah: Jawapannya senang saja, sebab mereka ingin keluar daripada pertuduhan. Mereka tahu bahawa mereka sudah membuat kesalahan, pertama sekali bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

“Mahdzir menyalahgunakan jawatannya, dia mengeluarkan klausa 11 daripada kontrak yang bertujuan melindungi kerajaan dan pernah meminta duit dengan Jepak Holdings.

“Dia memang baik dengan Saidi Abang Samsudin, mereka adalah kawan baik…. Bila pergi majlis perkahwinan, dia (Mahadzir) berpeluk-peluk dengan Saidi,” katanya.

Akberdin: Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Tan Sri Dr Madinah Mohamad kenapa perlu tudung jari kalau tak berkelahi?

Rosmah: Dia pun membuat kesalahan daripada segi perlembagaan pemberian tender.

“Dia memohon Surat Setuju Terima (SST) keluarkan sehari sebelum bersara dan prosedur rundingan harga tidak dibuat…Nampak sangat ada kepentingan di situ.

“Dia menyalahgunakan kuasa dan sepatutnya didakwa, jadi untuk menyelamatkan dirinya, sangguplah dia bekerjasama dengan Pejabat Peguam Negara untuk menuding jari kepada saya,” katanya.

Akberdin: Bagaimana pula dengan bekas Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pendidikan Datuk Seri Alias Ahmad?

Rosmah: Samalah tu, dia nak lepaskan diri daripada didakwa kerana sudah melanggar tatacara dan undang-undang untuk memberi kontrak daripada Kementerian Pendidikan kepada Jepak.

Selain itu, Rosmah juga tidak pernah meminta bekas pembantunya, Datuk Rizal Mansor berunding bagi pihaknya untuk mendapatkan rasuah RM6.5 juta membabitkan projek solar hybrid di Sarawak.

Sebaliknya, beliau berkata, sekiranya ingin berbuat demikian, beliau akan meminta bantuan daripada suaminya sendiri, yang ketika itu PM.

“Saya tidak pernah minta Rizal untuk berbincang bagi pihak saya… Bagi saya dia hanyalah seorang kakitangan.

“Kalau saya hendak perkara itu (rasuah), kenapa saya perlu pergi ke Rizal, sedangkan saya ada suami yang tidur dengan saya,” katanya.

Rosmah, bagaimanapun, berkata suaminya sudah beberapa kali memberi amaran supaya tidak terbabit dalam urusan perniagaan dengan mana-mana kontraktor.

“Najib memberitahu saya, anda hanyalah isteri kepada saya. Sekiranya mereka (kontraktor) perlukan sesuatu, mereka perlu berjumpa dengannya.

“Najib jenis seorang yang cakap lembut, dia tidak pernah menjerit pada saya. Beliau bercakap secara lembut dengan saya, tapi saya tahu apa yang beliau maksudkan,” katanya.

Rosmah, 70, dituduh meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima suapan RM6.5 juta daripada Saidi berkaitan projek tenaga solar itu menerusi bekas pembantunya, Rizal.

Ia sebagai balasan kerana membantu Jepak Holdings memperoleh Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid serta Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel untuk 369 sekolah luar bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion daripada Kementerian Pendidikan secara rundingan terus.

Rosmah dituduh melakukan kesalahan itu di Lygon Cafe, Sunway Putra Mall, Jalan Putra di sini; di kediaman Rosmah di Jalan Langgak Duta, Taman Duta serta di Seri Perdana, Persiaran Seri Perdana, Presint 10, Putrajaya antara Januari 2016 dan September 2017.

Perbicaraan kes bersambung 10 Januari ini dan Najib dijangka memberi keterangan.

Berita berkaitan
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024· Berita
Perbicaraan 1MDB: Saksi beritahu perbincangan atas kapal tiada wakil pegawai kerajaan
January 5, 2024· Isu semasa
Rosmah mohon representasi baharu gugur 17 pertuduhan kes mahkamah
December 13, 2023· Politik
Popular
Cendawan tahi lembu jadi dadah untuk kepuasan berhibur: Polis
April 6, 2021
56 kematian semalam, 11 kes BID
April 3, 2022
Satu sen pun tiada peruntukan dari kerajaan : MP pembangkang
June 13, 2023
Mahkamah boleh buat keputusan segera terhadap Najib: Peguam
August 21, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok