Rosmah angguk, kata hmmm tanda setuju terima wang: Hakim

September 1, 2022 · Isu semasa

Datin Seri Rosmah Mansor hanya mengangguk dan berkata ‘hmmm’ ketika wang berjumlah RM1.5 juta dibawa ke kediamannya di Jalan Langgak Duta, sambil mengarahkan ‘butler’ membawa masuk dua beg ke biliknya, menandakan dia mengakui dan menerima wang berkenaan.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohamed Zaini Mazlan, berkata Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd, Saidi Abang Samsudin dalam keterangannya memaklumkan itu reaksi Rosmah ketika dia membawa wang seperti dijanjikan dan akan membayar selebihnya selepas menerima pembayaran lanjut.

Hakim juga berpuas hati, gambar dan rakaman video yang dirakam oleh Rayyan Radzwill Abdullah membuktikan dua beg sandang berisi wang diletakkan di ruang tamu kediaman suami Rosmah – bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Reaksi tertuduh menunjukkan dia mengakui dan menerima wang itu. Rizal (bekas pembantu khas Datuk Seri Najib Razak, Datuk Rizal Mansor) juga melihat dan mendengar tertuduh mengarahkan butler (pembantunya) mengambil dua beg sandang mengandungi wang dan meletakkan dalam biliknya,” katanya dalam penghakiman bertulis setebal 116 muka surat.

Menurutnya beliau hanya boleh membuat kesimpulan bahawa tertuduh sepatutnya boleh memeriksa kandungan dua beg itu dan kemudian mengiranya, yang berjumlah RM1.5 juta.

Mahkamah juga berpuas hati bahawa Rizal sendiri melihat dan mendengar Rosmah mengarahkan ‘butler’ membawa masuk kedua-dua beg berisi wang tersebut ke biliknya.

“Rantaian pergerakan wang RM1.5 juta itu berjaya dibuktikan dan saya menyimpulkan bahawa kedua-dua beg itu mengandungi wang tersebut,” katanya.

Pada hemat hakim berkenaan, jika Rosmah tidak berniat menerima wang tersebut, dia sepatutnya meminta Saidi Abang Samsuddin dan Rayyan meninggalkan kediamannya atau membuat laporan polis atau memulangkannya kepada Saidi.

“Semua perkara ini tidak dilakukannya. Reaksi tertuduh ialah dia mengangguk dan berkata, “Hmmm”, apabila Saidi memberitahunya bahawa dia sudah membawa wang seperti dijanjikan dan akan membayar selebihnya berdasarkan pembayaran lanjut yang diterima,” kata Mohamed Zaini.

Mahkamah turut berpuas hati Saidi, Rizal dan Rayyan meninggalkan kediaman Rosmah tanpa membawa keluar kedua-dua beg berkenaan.

“Bagi tuduhan ketiga, mahkamah berpuas hati pendakwaan berjaya membuktikan tertuduh menerima wang RM5 juta daripada Saidi melalui Rizal di kediaman rasmi di Seri Perdana, Putrajaya pada 20 Disember 2016,” katanya.

Mohamed Zaini kemudian menjatuhi hukuman penjara 10 tahun dan denda RM970 juta terhadap Rosmah setelah didapati bersalah terhadap tiga pertuduhan rasuah melibatkan projek solar hibrid di sekolah-sekolah luar bandar di Sarawak.

Beliau bagaimanapun membenarkan permohonan Rosmah untuk menangguhkan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan.

Mohamed Zaini juga membenarkan ikat jamin RM2 juta yang ditetapkan sebelum ini dikekalkan.

Jika gagal membayar denda berkenaan, Rosmah perlu menjalani hukuman penjara tambahan 30 tahun.

Untuk rekod, ini adalah denda tertinggi pernah dikenakan terhadap mana-mana pesalah mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Rosmah pada 15 November 2018, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, atas dua tuduhan meminta rasuah wang tunai RM187.5 juta dan menerima RM1.5 juta berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di sekolah luar bandar di Sarawak.

Berita berkaitan
Saksi beritahu Jho Low hadir mesyuarat di kediaman Najib
October 5, 2022· Isu semasa
Peguam Najib beritahu anak guamnya dijanjikan hadiah wang tunai RM1.17 bilion
October 3, 2022· Isu semasa
AS$600 juta masuk dalam akaun Najib boleh jejas nilai ringgit, kata saksi kes 1MDB
September 29, 2022· Isu semasa
KPM ambil langkah tangani nasib guru besar, rundingan capai persetujuan: Radzi
September 29, 2022· Isu semasa
Popular
Kes libat Syed Saddiq lebih berat daripada Rosmah, SRC: Pendakwaan
October 6, 2022
Kenyataan Istana Negara tak sebut pembubaran Parlimen
October 6, 2022
PM menghadap Agong 45 minit
October 6, 2022
Rakyat terbeban, harga barang naik lagi tapi UMNO galak nak PRU juga
October 6, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Guna 16.3% hasil negara bayar faedah hutang membimbangkan
9 jam lalu · Isu semasa
Kenyataan Istana Negara tak sebut pembubaran Parlimen
10 jam lalu · Isu semasa
Kutipan cukai individu 2021 jatuh RM11 bilion: Ketua Audit Negara
11 jam lalu · Isu semasa
Rakyat terbeban, harga barang naik lagi tapi UMNO galak nak PRU juga
11 jam lalu · Isu semasa
PM menghadap Agong 45 minit
12 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Menteri PN peduli rakyat, hantar petisyen tangguh PRU15
12 jam lalu
[VIDEO] Perkukuh ukhwah, tolak usaha pecah belahkan PN
19 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok