
Harga mingguan petrol.
Harga runcit petrol RON97 turun lima sen daripada RM4.20 kepada RM4.15 seliter manakala harga RON95 dan diesel kekal tidak berubah dari 15 hingga 21 September.
Kementerian Kewangan, dalam satu kenyataan pada Rabu (14 September), berkata bagi melindungi pengguna daripada kenaikan harga minyak global, harga siling RON95 dan diesel masing-masing kekal pada RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter walaupun pasaran sebenar harga kedua-dua produk telah meningkat melebihi harga siling semasa.
Ia berkata harga ditetapkan berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).
“Kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah global dan mengambil langkah sewajarnya untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terjaga,” katanya.