RON97 turun 3 sen, RON95 dan diesel kekal

Harga runcit RON97 turun 3 sen seliter daripada RM3.05 kepada RM3.02 seliter berkuat kuasa tengah malam ini sehingga 8 Disember, kata Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, harga runcit RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter manakala diesel juga kekal pada RM2.15 seliter.

Penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan dibuat menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

Katanya, kerajaan mengekalkan harga runcit RON95 dan diesel biarpun harga pasaran sebenarnya telah meningkat melebihi harga siling ditetapkan.

“Ini bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global. Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya hari ini.

Sebelum ini, harga runcit RON97 turun tiga sen seliter bagi tempoh 25 November hingga 1 Disember.

BERITA BERKAIT
POPULAR