RON97 naik satu sen, harga RON95 dan diesel kekal

December 15, 2021 · Isu semasa

Harga runcit petrol RON97 naik satu sen seliter daripada RM2.99 sebelum ini kepada RM3.00 seliter bagi tempoh 16 Disember hingga 22 Disember, kata Kementerian Kewangan (MoF) hari ini.

Dalam kenyataan hari ini, MoF berkata harga runcit petrol RON95 dan diesel bagaimanapun kekal, masing-masing pada paras RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter bagi tempoh yang sama.

Harga berkenaan berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan,” menurut kenyataan itu.

Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara, katanya.

Berita berkaitan
Harga model Perodua Alza baharu bermula pada RM62,500
July 20, 2022· Isu semasa
Ismail Sabri nafi subsidi ditarik balik, kerajaan sentiasa bantu rakyat
July 18, 2022· Isu semasa
Pakar ramal inflasi terus meningkat, kos sara hidup juga naik
July 13, 2022· Isu semasa
Kerajaan sedang teliti pilih mekanisme subsidi petrol bersasar: Tengku Zafrul
July 12, 2022· Isu semasa
Popular
Rakyat mahu tahu Menteri mana guna kuasa tukar reka bentuk LCS
August 7, 2022
Zahid jangan lari tanggungjawab, buat-buat lupa jadi Menteri Pertahanan pada 2011
August 7, 2022
Skandal kapal tempur ketika BN, UMNO memerintah cetus kemarahan rakyat
August 7, 2022
Pihak berkuasa diarah siasat kumpulan percaya kemunculan Imam Mahdi
August 7, 2022
Lagi Isu semasa terkini
PAS gesa pesalah skandal kapal tak siap dibawa ke muka pengadilan
3 jam lalu · Isu semasa
Rakyat mahu tahu Menteri mana guna kuasa tukar reka bentuk LCS
9 jam lalu · Isu semasa
RCI perlu diwujudkan siasat kepincangan skandal kapal tak siap
10 jam lalu · Isu semasa
Pihak berkuasa diarah siasat kumpulan percaya kemunculan Imam Mahdi
10 jam lalu · Isu semasa
Peguam Negara pengerusikan jawatakuasa siasat insiden di KLIA
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022
[VIDEO] Melayu jangan terpengaruh dengan Gerakan Dr M, kata Naib Presiden UMNO
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok