RON97 naik 9 sen

Harga runcit petrol RON97 naik 9 sen seliter, manakala RON95 dan diesel kekal bagi tempoh 10 hingga 16 Februari ini, kata Kementerian Kewangan (MoF) dalam kenyataan hari ini.

MoF memaklumkan harga runcit petrol RON97 naik daripada RM3.12 kepada RM3.21 seliter manakala RON95 dan diesel masing-masing kekal pada RM2.05 dan RM2.15 seliter.

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter.

“Langkah itu diambil walaupun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang ditetapkan,” menurut kenyataan itu.

Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

BERITA BERKAIT
POPULAR