RON97 naik 6 sen

Harga runcit petrol RON95 dan diesel kekal pada RM2.05 seliter serta RM2.15 seliter bagi tempoh bermula 17 Februari sehingga 23 Februari 2022.

Kementerian Kewangan (MoF) bagaimanapun memaklumkan harga runcit petrol RON97 naik 6 sen kepada RM3.27 berbanding minggu lalu sebanyak RM3.21 seliter.

Mof dalam satu kenyataan berkata harga runcit produk petroleum secara mingguan itu mengikut formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

Menurut kementerian itu, bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan paras harga siling RM2.05 seliter bagi petrol RON95 dan RM2.15 seliter bagi diesel.

Sungguhpun begitu, harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk meningkat melebihi harga paras siling yang ditetapkan.

Harga runcit mengikut formula APM bagi RON95 dan diesel meningkat lebih 10 sen berbanding had harga siling yang ditetapkan.

BERITA BERKAIT
POPULAR