RON97 naik 16 sen

Harga runcit petrol RON97 naik 16 sen seliter manakala harga RON95 dan diesel kekal bagi tempoh 3 hingga 9 Mac ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan, harga runcit petrol RON97 naik daripada RM3.29 kepada RM3.45 seliter manakala RON95 dan diesel masing-masing kekal pada harga RM2.05 dan RM2.15 seliter, lapor Bernama.

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk meningkat melebihi paras harga siling ditetapkan,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan, harga runcit petrol RON97 yang ditetapkan adalah mengikut harga pasaran sebenar.

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya.

BERITA BERKAIT
POPULAR