Rogol: Kes pendakwah bebas dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya

July 26, 2022 · Isu semasa

Kertas siasatan terhadap seorang penceramah bebas yang didakwa merogol seorang remaja berumur 14 tahun akan diserahkan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya, esok, untuk tindakan selanjutnya.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata setakat ini siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

“Ada sedikit lagi kenyataan yang perlu kita kumpul tetapi saya percaya esok kita boleh rujuk kertas siasatan ini ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya,” katanya kepada pemberita selepas menutup Latihan Dalam Perkhidmatan Pengenalan dan Pengendalian Bot Kontinjen Kuala Lumpur, hari ini.

Penceramah tersebut ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor pada 18 Julai lepas itu kini direman di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur selama empat hari bermula Ahad lalu.

Kes itu diserahkan kepada Polis Kuala Lumpur pada 23 Julai lepas untuk siasatan lanjut berhubung kejadian rogol yang dilaporkan turut berlaku di Kuala Lumpur.

Media sebelum ini melaporkan terdapat empat laporan polis berhubung kes berkenaan iaitu dua di Selangor dan masing-masing satu di Kuala Lumpur dan Perak.

Sebelum ini, Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk S Sasikala Devi Subramaniam berkata suspek ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor pada jam 4.50 petang, dan direman selama lima hari. – Bernama

Berita berkaitan
Ahli perniagaan mengaku tak bersalah ubah wang haram RM2.04 juta
August 17, 2022· Isu semasa
Polis tahan wanita dera anak saudara sehingga mati
August 17, 2022· Isu semasa
13 individu dipanggil polis berhubung himpunan bantah skandal LCS
August 16, 2022· Isu semasa
Speaker DUN Sarawak umum ADUN Batu Lintang keluar parti jadi bebas
August 14, 2022· Politik
Popular
Peguam sendiri tarik diri, Najib kata malang tak dapat beri hujah pembelaan
August 18, 2022
Setiausaha Agung UMNO pula ambil giliran ‘serang’ badan kehakiman
August 18, 2022
Rayuan Najib: Hisyam Teh buat pusingan ‘U’ tak failkan apapun hujahan
August 18, 2022
Bicara 1MDB libatkan Najib ditangguh, beri laluan rayuan kes SRC berlangsung
August 18, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Najib: Hisyam Teh buat pusingan ‘U’ tak failkan apapun hujahan
9 jam lalu · Isu semasa
SPRM masih teruskan siasatan skandal kapal LCS tak siap: Azam
9 jam lalu · Isu semasa
Setiausaha Agung UMNO pula ambil giliran ‘serang’ badan kehakiman
10 jam lalu · Isu semasa
Nilai ringgit jatuh ke paras terendah sejak Januari 2017
11 jam lalu · Isu semasa
Bicara 1MDB libatkan Najib ditangguh, beri laluan rayuan kes SRC berlangsung
12 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Polisi baharu cegah kematian tahanan polis
August 15, 2022
[VIDEO] Himpunan kapal LCS mahu siasatan bukan penjelasan
August 15, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok