Robert Kuok kekal jutawan paling tua dan terkaya di Malaysia

June 3, 2021 · Isu semasa

Nilai kekayaan 50 individu yang disenaraikan dalam Senarai Bilionair Forbes Malaysia melantun kepada hampir AS$90 bilion, meningkat daripada AS$79 bilion tahun lalu.

Dalam satu kenyataan hari ini, Forbes mendedahkan bahawa setelah penurunan selama dua tahun dan penguncupan Keluaran Dalan Negara Kasar (KDNK) 5.6 peratus pada tahun 2020, Malaysia dijangka kembali ke landasan yang tepat tahun ini walaupun terpaksa bergelut dengan lonjakan penularan kes Covid-19.

“Walaupun penanda aras saham naik sederhana pada 2.5 peratus sejak kekayaan dinilai 15 bulan lalu, 50 individu terkaya Malaysia menyaksikan gabungan kekayaan mereka mencapai hampir AS$90 bilion, naik berbanding AS$79 bilion tahun lalu.

Forbes mengaitkan perkembangan itu dengan kedudukan dominan Malaysia sebagai pembuat sarung tangan perubatan dunia di mana kesan daripada pandemik itu menyebabkan permintaan meningkat 10 kali ganda.

“Eksport sarung tangan getah Malaysia bertambah, sekali gus meningkatkan kekayaan pengeluar dengan lima daripadanya tergolong dalam 50 individu terkaya.

“Mereka adalah dari syarikah Hartalega Holdings, Kuan Kam Hon yang memiliki kekayaan AS$3.8 bilion, dan dari syarikat Top Glove, Lim Wee Chai (AS$3.5 bilion),” katanya.

Ahli perniagaan, Tan Sri Robert Kuok pula kekal menjadi individu paling kaya di negara ini dengan nilai kekayaan bersihnya kini dianggarkan berjumlah AS$12.2 bilion, menjadikannya individu tertua disenaraikan dalam Forbes Malaysia pada usia 97 tahun.

Bagaimanapun, April lalu Forbes menyenaraikan Robert Kuok sebagai warga Hong Kong.

Pengasas bersama Hong Leong Group, Tan Sri Quek Leng Chan yang mempunyai nilai bersih AS$9.6 bilion berada di tangga kedua.

Pemulihan dan kenaikan harga bahan logam membolehkan Koon Poh Keong dan adik-beradiknya berada di tempat ketiga dengan nilai bersih kekayaan sebanyak AS$6.4 bilion, menerusi Press Metal Aluminium Holdings.

Pengerusi Usaha Tegas Tan Sri Ananda Krishnan ditangga keempat dengan nilai kekayaan mencecah AS$5.8 bilion, diikuti pengasas Public Bank Bhd, Tan Sri Teh Hong Piow (AS$5.5 bilion).

Syed Mokhtar AlBukhary, 69, berada pada tangga ke 18 dengan nilai kekayaan sebanyak AS$1.2 bilion, meningkat AS$32 juta berbanding tahun lalu.

Jutawan helikopter yang juga pemilik Weststar Aviation, Tan Sri Syed Azman Ibrahim berada pada kedudukan ke 32 dengan nilai kekayaan AS$440 juta, manakala pengasas AmBank Group, Tan Sri Azman Hashim di kedudukan 40 (AS$420 juta).

Pandemik Covid-19 yang melanda negara awal tahun lalu juga memberi kesan kepada beberapa individu yang disenarai terkaya di Malaysia sejak sebelum 2020.

Tujuh daripada individu yang disenaraikan tahun lalu, kali ini terkeluar. Dua daripadanya adalah Tan Sri Tony Farnandes dan Tan Sri Kamarudin Meranum – pemilik syarikat penerbangan AirAsia.

Tahun lalu Kamarudin berada di tangga ke 43 dengan nilai kekayaan sebanyak AS$315 juta, manakala rakan kongsinya Tony Fernandes di kedudukan 41 (AS$335 juta).

Berikut adalah Senarai Bilionair Forbes Malaysia 2021

  1. Robert Kuok – AS$12.2 bilion
  2. Quek Leng Chan – AS$9.6 bilion
  3. Koon Poh Keong & siblings – AS$6.4 bilion
  4. Ananda Krishnan – AS$5.8 bilion
  5. Teh Hong Piow – AS$5.5 bilion
  6. Lee Yeow Chor & Yeow Seng – AS$4.9 bilion
  7. Kuan Kam Hon – AS$3.8 bilion
  8. Lim Wee Chai – AS$3.5 bilion
  9. Chen Lip Keong – AS$3.4 bilion
  10. Tan Yu Yeh & Yu Wei – AS$2.7 bilion
  11. Lim Kok Thay – AS$2.55 bilion
  12. Lau Cho Kun – AS$2.2 bilion
  13. G. Gnanalingam – AS$1.8 bilion
  14. Lim Kuang Sia & siblings – AS$1.4 bilion
  15. Jeffrey Cheah – AS$1.35 bilion
  16. Tiong Hiew King – AS$1.3 bilion
  17. Francis Yeoh & siblings – AS$1.25 bilion
  18. Syed Mokhtar AlBukhary – AS$1.2 bilion
  19. Lee Oi Hian & Hau Hian – AS$1.15 bilion
  20. Stanley Thai and Cheryl Tan – AS $1.1 bilion
  21. Surin Upatkoon – AS$1 bilion
  22. Tan Eng Kee – AS$965 juta
  23. Lim Peng Cheong & Peng Jin – AS$945 juta
  24. Vincent Tan – AS$915 juta
  25. Ninian Mogan Lourdenadin – AS$900 juta
  26. Wong Teek Son – AS$890 juta
  27. Lim Kang Hoo – AS$750 juta
  28. Cheah Cheng Hye – AS$735 juta
  29. David Kong – AS$635 juta
  30. Danny Tan Chee Sing – AS$600 juta
  31. Ngau Boon Keat – AS$560 juta
  32. Syed Azman Syed Ibrahim – AS$550 juta
  33. Wen Chiu Chi – AS$475 juta
  34. Wong Thean Soon – AS$470 juta
  35. Chu Jenn Weng – AS$460 juta
  36. Kong Chong Soon – AS$455 juta
  37. Ng Chai Eng – AS$450 juta
  38. Lau Chee Kheong – AS$445 juta
  39. Lim Han Weng – AS$440 juta
  40. Azman Hashim – AS$420 juta
  41. Oh Kuang Eng – AS$410 juta
  42. Goh Peng Ooi – AS$395 juta
  43. Loh Kian Chong – AS$375 juta
  44. Ong Leong Huat – AS$370 juta
  45. Patrick Grove – AS$365 juta
  46. Yaw Teck Seng & Yaw Chee Ming – AS$360 juta
  47. Desmond Lim Siew Choon – AS$350 juta
  48. Gooi Seong Lim – AS$340 juta
  49. Steven Siaw Kok Tong – AS$325 juta
  50. Kong Pak Lim – AS$315 juta

Berita berkaitan
Ke mana masa depan ekonomi orang Melayu?
June 25, 2023· Isu semasa
Dia juga membantu orang miskin, kata PMX semasa pertemuan dengan Syed Mokhtar
June 2, 2023· Isu semasa
Aidilfitri: 80 peratus tiket tambahan AirAsia habis dijual
April 15, 2023· Isu semasa
Adakah Top Glove diarah juga kongsi keuntungan bantu penoreh? soal Tuan Ibrahim kepada PMX
March 21, 2023· Isu semasa
Popular
Ceroboh ruang udara: Malaysia kemuka bantahan, panggil Duta China
June 1, 2021
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Bajet 2024: Cukai perkhidmatan naik jadi 8%, subsidi minyak diesel dimansuhkan
October 13, 2023
Muhyiddin, keluarga ucap selamat menyambut Deepavali
October 23, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok