RM9.40 sekilogram harga siling baharu ayam mulai 1 Julai

June 29, 2022 · Isu semasa

Kerajaan Persekutuan hari ini mengumumkan harga siling baharu ayam pada RM9.40 sekilogram berkuat kuasa 1 Julai.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Ronald Kiandee berkata arahan itu susulan mesyuarat Kabinet hari ini untuk mengekalkan subsidi kerajaan sedia ada.

Ronald juga mengumumkan harga siling baharu untuk telur ayam di Semenanjung, dengan telur Gred A pada RM0.45 sebiji; Telur gred B pada harga RM0.43 sebiji dan telur Gred C pada harga RM0.41 sebiji.

Kerajaan sebelum ini menetapkan harga siling ayam pada RM8.90 sekilogram sebelum harga itu sebelum ini diputuskan untuk diapungkan mulai 1 Julai ini. Bagaimanapun, kerajaan membatalkan rancangan membiarkan harga ayam diapung dan akan mengumumkan harga siling baharu.

Keputusan ini juga telah mengambil kira dan diselaraskan dengan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini melalui inisiatif bantuan tunai termasuk bantuan tunai tambahan berjumlah sehingga RM500 kepada golongan B40 dan sebahagian daripada golongan M40.

Seramai 8.6 juta penerima BKM sudah diluluskan dengan isi rumah bakal menerima hingga RM2600 tahun ini. Bantuan ini adalah tertinggi yang pernah diberikan oleh mana-mana kerajaan.

Dengan pelaksanaan subsidi ini, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM369.5 juta, menjadikan jumlah keseluruhan subsidi adalah sebanyak RM1.1 bilion sejak 5 Februari 2022.

Isu kenaikan harga barang tidak berlaku di Malaysia sahaja, sebaliknya ia adalah fenomena global ekoran gangguan rantaian bekalan akibat konflik geopolitik dan perubahan iklim.

Berita berkaitan
Harga ayam naik, Menteri kata masih belum ada laporan selepas pengapungan
November 6, 2023· Isu semasa
Harga ayam tidak naik dan bekalan stabil: KPKM
November 1, 2023· Isu semasa
Langkah pengapungan akan jadikan harga ayam lebih murah: Menteri
October 31, 2023· Isu semasa
Subsidi dan kawalan harga ayam berakhir pada Rabu ini
October 30, 2023· Isu semasa
Popular
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Ceroboh ruang udara: Malaysia kemuka bantahan, panggil Duta China
June 1, 2021
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok