RM8.2 bilion BKM bantuan tunai langsung tertinggi dalam sejarah

June 27, 2022 · Isu semasa

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah inisiatif bantuan tunai langsung tertinggi dalam sejarah berbanding Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan Bantuan Sara Hidup (BSH), kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Beliau memaklumkan bahawa setakat ini 8.6 juta penerima BKM telah diluluskan dengan isi rumah yang bakal menerima sehingga RM2,600 sekeluarga untuk tahun ini.

Menurutnya seperti diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini, BKM Fasa 2 telah ditambah baik dengan bantuan tunai tambahan bernilai RM630 juta, menjadikan jumlah peruntukan keseluruhan BKM sebanyak RM8.2 bilion.

Katanya, BKM Fasa 2 dengan peruntukan RM1.74 bilion akan memanfaatkan 4 juta isi rumah, 1.2 juta warga emas (bujang/tiada pasangan) dan 3.4 juta individu bujang.

“Setiap penerima yang layak akan menerima bayaran secara berperingkat mulai hari ini (27 Jun),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tengku Zafrul berkata sebagai perbandingan, kadar maksimum BKM adalah RM2,600 berbanding BR1M (RM1,200) dan BSH (RM1,480), iaitu peningkatan bantuan sebanyak 120 peratus sejak inisiatif bantuan tunai langsung mula diperkenalkan.

“Peningkatan ini adalah kerana had kelayakan untuk menerima BKM telah dinaikkan daripada berpendapatan RM4,000 ke bawah sebulan untuk BSH kepada RM5,000 ke bawah sebulan untuk BKM,” katanya.

Beliau berkata jumlah penerima BKM adalah seramai 8.6 juta berbanding BSH hanya 4.5 juta penerima.

Tengku Zafrul berkata ini bermakna lebih ramai Keluarga Malaysia layak untuk menerima bantuan, termasuk sebahagian M40 dan bukan terhad kepada golongan B40 sahaja seperti untuk inisiatif bantuan tunai langsung sebelum ini.

Beliau berkata lazimnya BKM dikenali sebagai bantuan kepada golongan B40, namun hakikatnya bantuan itu kini memanfaatkan 12.6 juta individu, iaitu bersamaan 60 peratus daripada rakyat dewasa di Malaysia.

Katanya Kementerian Kewangan akan terus memantau faktor-faktor luaran yang boleh memberi impak negatif kepada situasi ekonomi domestik bagi memastikan kos sara hidup rakyat terkawal.

“Kerajaan juga sentiasa memantau situasi semasa dan yakinlah bahawa dasar kerajaan, baik dari segi bantuan langsung mahupun yang tidak langsung seperti subsidi keperluan asas, adalah bertujuan memastikan kebajikan rakyat sentiasa terbela,” katanya.

Perdana Menteri pada 22 Jun lepas mengumumkan bantuan tunai tambahan di bawah BKM iaitu RM100 untuk isi rumah dan RM50 bagi golongan bujang setelah kerajaan mengambil kira cabaran kos sara hidup dan kenaikan harga barang makanan kebelakangan ini.

Semakan status pembayaran boleh dibuat mulai hari ini melalui pautan https://bkm.hasil.gov.my.

Berita berkaitan
Projek MRT3 dianggar bernilai RM50.2 bilion, bakal guna tender terbuka
August 2, 2022· Isu semasa
AS umum bantuan keselamatan $270 juta kepada Ukraine
July 23, 2022· Dunia
Pembentangan Bajet 2023 mengikut jadual, tiada PRU-15 sebelum Oktober?
July 9, 2022· Politik
Jika harga barang tak turun, PM tak tolak pertimbang kenaikan bantuan tunai
July 3, 2022· Isu semasa
Popular
Bersatu gesa kerajaan tubuh RCI siasat skandal kapal tak siap
August 8, 2022
Rafizi dakwa ada surat bocor kaitkan Najib berhubung kontrak LCS
August 8, 2022
Pengerusi PAC bidas Najib tak semak fakta pertikai laporan kapal tak siap
August 8, 2022
Pengarah urusan syarikat tipu pakeh umrah dipenjara 10 tahun
August 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
PM lapor polis akaun Telegram, Signal peribadi digodam
28 minit lalu · Isu semasa
Skandal LCS: Keselamatan negara atau selamatkan wang negara daripada hangus?
33 minit lalu · Isu semasa
Kes baharu semalam kekal bawah 3,000, enam kematian dicatat
42 minit lalu · Isu semasa
Pengarah urusan syarikat tipu pakej umrah dipenjara 10 tahun
9 jam lalu · Isu semasa
Subsidi bersasar dilaksana apabila keadaan ekonomi mengizinkan: Zafrul
9 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok