RM8.1 bilion lagi diberi kepada golongan terjejas Covid-19 mulai Jun

June 20, 2021 · Isu semasa

Sebanyak RM8.1 bilion lagi bakal disalurkan mulai Jun hingga Disember sebagai bantuan tunai kepada golongan yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata ini termasuk Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) berjumlah RM4.5 bilion dan bantuan bulanan kebajikan masyarakat sebanyak RM1.25 bilion

“Setakat ini, masih berbaki sejumlah RM8.1 bilion yang bakal disalurkan sehingga hujung tahun ini (Jun-Disember). Ini .

”Jumlah besar bantuan tunai secara langsung kepada rakyat melibatkan peruntukan sebanyak RM16.7 bilion untuk keseluruhan tahun ini. Pelbagai bantuan masih dalam proses pelaksanaan,” katanya pada sidang media secara maya hari ini.

Memetik laporan Bernama beliau berkata kerajaan terus komited dalam mencari pelbagai cara dan mekanisme yang berkesan untuk membantu golongan yang terjejas disebabkan oleh pandemik Covid-19.

Katanya inisiatif baharu kerajaan turut mendapat sambutan yang baik seperti Program Jaringan Prihatin yang dilancarkan pada Mei dengan setakat ini, sejumlah 1.7 juta permohonan diluluskan termasuk lebih 500,000 pemohon telah mendapat telefon bimbit baharu.

Selain itu, Program e-Belia yang dilancarkan pada Jun telah memanfaatkan 1.9 juta belia setakat ini melalui kredit e-dompet bernilai RM150.

“Kerajaan juga sentiasa komited untuk memastikan kelangsungan perniagaan dalam menangani COVID-19. Kerajaan memberi bantuan tunai kepada sektor perniagaan untuk tahun 2021 dengan peruntukan kira-kira RM14.1 bilion.

“Bantuan ini belum berakhir. Sebanyak satu juta Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro akan menerima Geran Khas Prihatin (GKP) pada hujung bulan ini dan Julai,” katanya

Tengku Zafrul berkata peruntukan Program Subsidi Upah pula masih berbaki sebanyak RM6 bilion untuk disalurkan oleh kerajaan bagi menjamin bayaran gaji kepada 2.7 juta pekerja.

Sementara itu, selaras dengan pembukaan sektor ekonomi secara beransur-ansur, menteri kewangan itu berkata tumpuan juga akan diberi kepada program pinjaman mikro untuk PKS kecil memulakan semula perniagaan mereka.

Tengku Zafrul berkata subsidi bagi bantuan tidak langsung pula mencecah RM15 bilion bagi tahun ini, berbanding perbelanjaan sebanyak RM9 bilion pada 2020.

Dalam pada itu, dengan kenaikan harga minyak global, beliau berkata kerajaan turut memastikan impak kenaikan kos sara hidup rakyat dihadkan.

“Antara inisiatif kerajaan adalah menetapkan harga siling runcit RON95 pada RM2.05 seliter serta subsidi satu pek 1 kilogram minyak masak pada harga RM2.50. Bagi tempoh Jan-Mei, kerajaan telah menanggung perbelanjaan berjumlah RM4 bilion dari segi peruntukan subsidi untuk tahun ini,” jelas beliau.

Selain itu, Tengku Zafrul berkata kerajaan kini mengambil pendekatan moratorium bersasar dengan memastikan semua yang terkesan dengan pandemik itu mendapat bantuan yang diperlukan.

Menyentuh mengenai tinjauan ekonomi negara, Tengku Zafrul berkata pertumbuhan ekonomi akan berada dalam zon positif berbanding pertumbuhan negatif yang dicatatkan tahun lepas.

Berita berkaitan
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Kerajaan sedar tak rakyat sedang tertekan hari ini? soal Senator UMNO
December 13, 2023· Isu semasa
Popular
KDN bentang usul lanjutkan tempoh tahanan SOSMA, siasatan kes rumit
March 23, 2022
Selepas disaman Rafizi kata hanya mahu penjelasan Tuan Ibrahim
January 25, 2023
56 kematian semalam, 11 kes BID
April 3, 2022
Jangan sewa akaun bank kepada scammer, elak jadi mangsa penipuan
September 20, 2021
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok