RM700,000 kerosakan landskap semasa sambutan Hari Kebangsaan: DBKL

September 3, 2022 · Isu semasa

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terpaksa menanggung kerugian RM700,000 akibat kerosakan landskap yang dialami semasa sambutan Hari Kebangsaan baru-baru ini.

Sikap dan tindakan orang ramai yang hadir tidak peka menyebabkan pokok bunga hiasan yang diletak di Dataran Merdeka rosak selepas dipijak pengunjung yang hadir.

Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mahadi Che Ngah, berkata kerosakan dialami sekitar Dataran Merdeka dan sepanjang perarakan itu berlangsung berkemungkinan kerana kehadiran pengunjung yang ramai.

Katanya, pada hari tersebut dianggarkan lebih 100,000 pengunjung memeriah sambutan tersebut dan ia merupakan rekod baharu dicatatkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Kehadiran pengunjung yang begitu ramai semasa sambutan Hari Kebangsaan lepas, beberapa landskap di kawasan sekitar Dataran Merdeka telah rosak. Kerugian dianggarkan lebih RM700,000.

“Saya rasa ini agak luar biasa dan mungkin rekod baharu (jumlah pengunjung) untuk Kuala Lumpur ketika sambutan Hari Kebangsaan,” katanya menurut Kosmo.

Dalam pada itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa bagaimanapun berkata, kerosakan landskap yang berlaku baru-baru ini dianggap perkara biasa berikutan kehadiran pengunjung yang ramai sewaktu sambutan Hari Kebangsaan.

“Cuma untuk panduan masa akan datang bila ada program beramai-ramai, kita semua ambil tanggungjawab, kita jaga. Harta kerajaan itu harta kitalah,” katanya dipetik laporan media.

Berita berkaitan
Semangat sambut Hari Kebangsaan itu baik tetapi cara tidak betul
September 9, 2022· Isu semasa
Kos 200 tiang lampu DBKL bernilai RM30.75 juta dipersoal MP DAP
June 11, 2022· Isu semasa
Peruntukan DBKL akan diguna serta-merta bagi atasi banjir kilat: Shahidan
April 28, 2022· Isu semasa
DBKL luluskan 72 lokasi bazar Ramadan di KL mulai Ahad
March 29, 2022· Isu semasa
Popular
81% pencarum KWSP Bumiputera miliki kurang RM1,000: Laporan
October 1, 2022
Najib dapat keistimewaan kerana MOU Anwar dan DAP dengan kerajaan
November 19, 2021
Krisis ekonomi global 2023?
October 1, 2022
Kes baharu hampiri 7,000, Selangor, KL tertinggi
July 1, 2021
Lagi Isu semasa terkini
81% pencarum KWSP Bumiputera miliki kurang RM1,000: Laporan
11 jam lalu · Isu semasa
2,007 kes semalam, 5 kematian
17 jam lalu · Isu semasa
Gempa bumi di Indonesia dirasai penduduk sekitar Lembah Klang
17 jam lalu · Isu semasa
Krisis ekonomi global 2023?
20 jam lalu · Isu semasa
Ejen kosmetik diculik di Tumpat cuba diseludup ke Laos: Laporan
September 30, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mesyuarat MKT UMNO putus 9 ketetapan
October 1, 2022
[VIDEO] 4 wilayah Ukraine jadi milik Rusia
October 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok