RM60.6 juta masuk akaun Najib pada 2011: Saksi pendakwaan

September 8, 2022 · Isu semasa

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa wang berjumlah RM60.6 juta dimasukkan ke dalam akaun peribadi AmIslamic Bank Datuk Seri Najib Razak menerusi dua transaksi pada 2011.

Pengurus Cawangan Ambank (M) Berhad Jalan Raja Chulan R Uma Devi, 43, berkata berdasarkan penyata akaun berakhir nombor 694, kemasukan wang RM30,449,929.97 ke dalam akaun bekas Perdana Menteri itu adalah pada 24 Februari dan RM30,179,909.46 pada 14 Jun 2011.

“Saya memperakui dan mengesahkan bahawa dokumen ini (penyata akaun) AmIslamic Bank Berhad atas nama Najib telah dicetak dari komputer milik AmBank Cawangan Jalan Raja Chulan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membacakan pernyataan saksinya pada pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Najwa Bistamam pada perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram dana RM2.3 bilion milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dihadapi Najib.

Najib kini menjalani hukuman 12 tahun penjara di Penjara Kajang setelah Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos lalu mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapati najib bersalah dalam kes penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Merujuk borang pembukaan akaun individu atas nama Najib pada 13 Jan 2011, saksi pendakwaan ke-37 itu berkata hanya Najib penandatangan tunggal cek dan boleh melakukan urusan terhadap akaun peribadi AmIslamic Bank miliknya.

“Akaun (694) ini dibuka dengan bayaran deposit sebanyak RM500 sahaja. Penandatangan sah bagi akaun persendirian ini adalah Datuk Seri Najib  Razak sendiri sebagai penandatangan tunggal sah bagi cek yang dikeluarkan.

“Ini bermaksud, hanya dia sahaja (Najib) boleh menandatangani cek dan melakukan urusan menerusi kesemua akaun ini,” katanya menurut Bernama.

Saksi itu berkata pada 2013, Najib menyerahkan surat kepada Pengurus Cawangan AmIslamic Bank Berhad bertarikh 26 Ogos 2013 untuk menutup akaun semasa dan simpanannya (yang berakhir 694 dan 481) serta mengarahkan pihak bank untuk memindahkan wang di dalam akaunnya itu berjumlah RM150 juta ke akaunnya yang lain iaitu AmPrivate Banking-1MY.

Uma Devi berkata surat itu juga menyatakan segala cek yang tidak digunakan akan dipulangkan kepada pihak bank serta Najib tidak boleh mengeluarkan apa-apa cek selepas penutupan akaun itu.

“Arahan lain di dalam surat ini adalah untuk debitkan baki amaun dari akaun-akaun tersebut menggunakan baki berkenaan untuk mengeluarkan deraf bank di atas nama AmPrivate Banking-1MY,” katanya.

Beliau berkata lampiran yang dikepilkan bersama surat itu adalah slip pemindahan wang yang telah diproses oleh pihak bank selaras dengan surat arahan tersebut.

“Berdasarkan slip itu, wang berjumlah RM12,436,711.87 telah dipindahkan ke akaun AmPrivate Banking-1MY pada 30 Ogos 2013 yang akaun tersebut (AmPrivate Banking) itu adalah milik Datuk Seri Najib yang dibuka di Cawangan Jalan Raja Chulan pada 31 Julai 2013,” katanya.

Najib, 69, berdepan empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung Isnin.

Berita berkaitan
Saksi beritahu Jho Low hadir mesyuarat di kediaman Najib
October 5, 2022· Isu semasa
PDRM alu-alukan sebarang maklumat berhubung lokasi Jho Low: KDN
October 5, 2022· Isu semasa
Ringgit jatuh, hutang 1MDB mungkin juga bertambah RM8.5 bilion
October 4, 2022· Isu semasa
Permohonan Najib ke Parlimen ditolak Jabatan Penjara, kata peguam
October 3, 2022· Isu semasa
Popular
Kes libat Syed Saddiq lebih berat daripada Rosmah, SRC: Pendakwaan
October 6, 2022
Kenyataan Istana Negara tak sebut pembubaran Parlimen
October 6, 2022
PM menghadap Agong 45 minit
October 6, 2022
Rakyat terbeban, harga barang naik lagi tapi UMNO galak nak PRU juga
October 6, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Guna 16.3% hasil negara bayar faedah hutang membimbangkan
9 jam lalu · Isu semasa
Kenyataan Istana Negara tak sebut pembubaran Parlimen
10 jam lalu · Isu semasa
Kutipan cukai individu 2021 jatuh RM11 bilion: Ketua Audit Negara
11 jam lalu · Isu semasa
Rakyat terbeban, harga barang naik lagi tapi UMNO galak nak PRU juga
11 jam lalu · Isu semasa
PM menghadap Agong 45 minit
12 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Menteri PN peduli rakyat, hantar petisyen tangguh PRU15
12 jam lalu
[VIDEO] Perkukuh ukhwah, tolak usaha pecah belahkan PN
19 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok