RM60.6 juta dipindahkan ke akaun Najib antara Feb-Jun 2011: Saksi

September 19, 2023 · Isu semasa

Seorang penganalisis Bank Negara Malaysia (BNM) memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa akaun bank peribadi milik Datuk Seri Najib Tun Razak menerima lebih RM60.6 juta melalui dua transaksi pada Februari dan Jun 2011.

Adam Ariff Mohd Roslan, 29, berkata berdasarkan analisis beliau, bekas Perdana Menteri itu menerima RM60,629,839.43 daripada Putera Faisal Bin Turkey Bin Bandar Alsaud pada 23 Feb 23 2011 dan 13 Jun tahun sama, lapor Bernama.

Saksi pendakwaan ke-47 itu berkata demikian ketika mengesahkan laporan jejak wang pada perbicaraan Najib membabitkan dakwaan penyelewengan RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Beliau berkata nombor akaun bank pelanggan yang membuat pesanan (Putera Faisal Bin Turkey Bin Bandar Alsaud) adalah sama dengan nombor akaun bank Riyad yang dihantar dana oleh syarikat Good Star Ltd sebelum ini.

Good Star Ltd adalah syarikat milik ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low.

“Akaun bank Riyad telah memindahkan dana ke akaun Najib dalam tempoh satu hingga tiga hari perniagaan selepas Good Star Ltd menghantar dana ke akaun bak Riyad itu,” katanya.

Beliau berkata berdasarkan kedekatan jarak masa serta nilai dana yang dihantar dan dipindah itu, adalah munasabah untuk mempercayai bahawa akaun bank Riyad telah digunakan sebagai pengantara bagi memindahkan wang daripada Good Star Ltd ke akaun Najib.

Terdahulu, Adam Ariff berkata dalam tempoh tiga tahun iaitu dari 2009 hingga 2011, Good Star Ltd telah menerima lebih US$810 juta daripada 1MDB.

“Pemeriksaan terhadap penyata bank Good Star bagi akaun bernombor 11116073, termasuk akaun semasa US$ bernombor 11116073.2000 dan akaun semasa CHF (Swiss franc) bernombor 11116073.2007, mengesahkan penerimaan dana daripada 1MDB dan
Pengarah Petrosaudi International Ltd (PSI) Tarek Obaid,” katanya.

Beliau berkata 1MDB telah memindahkan US$700,000,000 dan US$110,000,000 ke akaun RBS Coutts milik Good Star.

“Sebelum menerima US$700 juta daripada 1MDB, baki dalam akaun Good Star ialah kosong,” katanya.

Najib, 70, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion milik 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan amaun sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.

Berita berkaitan
Permohonan lelaki bunuh kekasih hamil dirujuk psikiatri ditolak mahkamah
3 jam lalu· Isu semasa
Kemenangan Ahli Parlimen Kemaman di batalkan mahkamah
3 jam lalu· Politik
Peguam Bersatu dakwa PMX sasarkan MP Putrajaya secara sistematik selepas dikecam
September 25, 2023· Politik
Nasib Syed Saddiq diketahui 9 Nov, dibebas atau disabit empat pertuduhan
September 21, 2023· Isu semasa
Popular
Kumpulan peguam persoal PH dan PMX membisu hukuman penjara Wan Ji
September 26, 2023
Mahkamah kembalikan perintah pengharaman buku Gay is Okay! A Christian Perspective”
September 25, 2023
Kedah dan Perlis dilanda banjir, PPS dibuka pindahkan mangsa
September 26, 2023
Gaduh kumpulan motosikal besar, seorang ditahan positif dadah
September 25, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Jangan gopoh, kata Mat Sabu ulas gesaan halang warga asing beli beras
3 jam lalu · Isu semasa
Kedah dan Perlis dilanda banjir, PPS dibuka pindahkan mangsa
6 jam lalu · Isu semasa
NGO desak tanah rizab Melayu dikembalikan di Sitiawan, pertikai langkah pindah milik
6 jam lalu · Isu semasa
Kumpulan peguam persoal PH dan PMX membisu hukuman penjara Wan Ji
6 jam lalu · Isu semasa
Anggota pukul wanita dalam video tular sedang disiasat polis
21 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Saya bukan saintis, boleh belajar proses REE dari Lynas, kata menteri
19 minit lalu
[VIDEO] Saya bukan orang jahat, SPRM tanya empat soalan REE, kata Sanusi
September 25, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok