RM6 bilion telah dibayar, bila kapal tempur canggih Malaysia akan siap?

March 31, 2022 · Isu semasa

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang sebelum ini menyiasat projek pembekalan perolehan kapal tempur pesisir atau Littoral Combat Ship (LCS) untuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), dilaporkan bersetuju projek itu diteruskan.

Persetujuan PAC dinyatakan Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada sidang media di ibu negara semalam, sambil menjelaskan Dewan Rakyat dan Kabinet turut bersetuju meneruskan projek yang menelan belanja sehingga RM9 bilion itu.

Hishammuddin juga turut memaklumkan bahawa beliau masih berbincang dengan Menteri Pertahanan Perancis, Florence Parliy berhubung isu LCS itu. Tetapi, beliau tidak menjelaskan lebih lanjut berhubung perbincangan itu, sedangkan projek LCS sudah bermula 11 tahun lalu.

Kontrak pembinaan enam LCS – projek perolehan pertahanan terbesar dalam sejarah Kementerian Pertahanan – diserahkan kepada Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNSSB), dengan LCS pertama sepatutnya mula beroperasi pada 2023.

Untuk rekod, pada awal 2011, Malaysia melancarkan projek perolehan enam Kapal Peronda Generasi Kedua (SGPV) ‘stealth’ dengan peruntukan sebanyak RM9 bilion. Berikutan itu, beberapa pembina kapal asing turut membida projek tersebut.

Namun pada akhir 2011, Kementerian Pertahanan mengumumkan reka bentuk kelas Gowind oleh Direction des Constructions Navales (DCNS) – kontraktor pertahanan global dan utama Perancis serta kumpulan perindustrian yang pakar dalam pertahanan berasaskan tentera laut – telah dipilih dan program SGPV dianugerahkan kepada BNSSB/DCNS.

Laporan menyebut pembinaan LCS pertama dimulakan pada akhir 2014 dan serahan dijangka dilakukan pada 2017 atau 2018.

Berdasarkan reka bentuk korvet (kapal perang yang kecil dan laju), LCS Gowind diiktiraf sebagai frigat (kapal perang peronda laju yang sederhana besar) berdasarkan saiznya yang dipertingkatkan.

Sehingga Oktober 2020, sejumlah RM6.083 bilion telah dibayar kepada syarikat pembina, tetapi tidak ada sebuah pun LCS yang siap dan diserahkan kepada kerajaan serta TLDM.

Susulan itu, PAC menjalankan siasatan dan memanggil beberapa individu untuk menjelaskan isu berkenaan, termasuk Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menjadi Menteri Pertahanan bermula 10 April 2009 hingga 16 Mei 2013.

PAC juga pernah mendapatkan keterangan daripada Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Muez Abdul Aziz pada 18 November 2020, diikuti Pengerusi Jawatankuasa Siasatan, Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Ambrin Buang, (1 Disember 2020).

Turut dipanggil, Pasukan Projek LCS TLDM pada 16 Disember 2020, bekas Panglima Tentera Laut, Jeneral (B) Tan Sri Abdul Aziz Jaafar (29 Julai 2021) dan Ketua Pegawai Operasi Boustead Naval Shipyard (BNS) yang merupakan syarikat pembina kapal LCS, Low Kok Chiang.

Pada 17 Februari 2022, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya berkata SPRM akan mengemukakan Bantuan Perundangan Bersama (MLA) berkaitan hal ehwal jenayah bagi menjalankan siasatan di luar negara berkenaan isu ini.

Beliau mengakui pihaknya mengalami kesukaran menyiasat isu LCS kerana ia membabitkan kes melebihi 10 tahun lepas, dan menurutnya SPRM membuka tiga kertas siasatan berhubung kes itu.

SPRM juga menahan dua Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat yang disyaki terlibat dalam kontrak perolehan enam kapal LCS.

Berdasarkan laporan sebelum ini, sebuah LCS Gowind Frigate hampir disiapkan dan diberi nama KD Maharaja Lela menggunakan nombor pendaftaran badan 2501.

LCS dilaporkan dilengkapkan dengan peralatan dan sistem untuk peperangan empat dimensi antaranya Surface to Air Missile (SAM), Surface to Surface Missile (SSM), Medium Caliber Gun (MCG), Small Caliber Gun (SCG), Towed Array Sonar (TAS), Torpedo dan juga Decoy Launching System (DLS) yang canggih.

Ia boleh mencapai jarak 5,000 batu nautika dengan kelajuan 15 batu nautika sejam (bersamaan dengan 1.852 kilometer sejam).

Berita berkaitan:

Kes Mara: SPRM dalam fasa terakhir lengkapkan siasatan 

Zahid beri keterangan bayar RM6.083 bilion tapi TLDM tak dapat kapal

Berita berkaitan
Kumpulan pemerhati rasuah gesa dedah perjanjian tambahan LCS
October 11, 2023· Isu semasa
Selepas pendedahan PAC, MINDEF nafi AGC tak dilibatkan dalam perjanjian LCS
October 10, 2023· Isu semasa
Program PLKN dihidupkan semula, kata Menteri Pertahanan
October 9, 2023· Isu semasa
MINDEF dibidas PAC ekoran perjanjian dimerterai tanpa persetujuan AGC
October 9, 2023· Isu semasa
Popular
Cendawan tahi lembu jadi dadah untuk kepuasan berhibur: Polis
April 6, 2021
Polis tahan 11 lagi saksi kes tarian separuh bogel majlis Aidilfitri
June 4, 2022
Mahkamah boleh buat keputusan segera terhadap Najib: Peguam
August 21, 2022
Dr. Sheikh Muszaphar kongsi cara didik anak
October 5, 2021
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok