RM50 juta dibawah Program Pembiayaan PEMULIH NewBiz disediakan kerajaan

August 6, 2022 · Isu semasa

Kerajaan memperuntukkan RM50 juta untuk individu termasuk siswazah yang berminat memulakan perniagaan mikro berasaskan makanan di rumah menerusi Program Pembiayaan PEMULIH NewBiz, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata program pembiayaan melalui Agrobank itu turut meliputi pemohonan untuk membeli mesin bagi tujuan perniagaan makanan atau pembelian motosikal bagi tujuan penghantaran makanan menerusi platform e-hailing, lapor Bernama

Berucap merasmikan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan Agro Malaysia (MAHA) 2022 di sini hari ini, Ismail Sabri berkata program itu menawarkan pembiayaan sebanyak RM5,000 bagi peringkat pertama dan RM10,000 bagi peringkat kedua.

“Pemohon diberikan moratorium bagi tempoh enam bulan pertama dan dikenakan tiga peratus kadar keuntungan bagi bulan ketujuh dengan tempoh maksimum pembiayaan sehingga 60 bulan atau lima tahun,” katanya.

Turut hadir pada perasmian MAHA 2022 itu ialah Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

Berita berkaitan
Subsidi ditamatkan, jangan risau harga ayam tidak akan naik
November 1, 2023· Isu semasa
Keadaan perniagaan Malaysia semakin merosot sejak Jan: Laporan
October 2, 2023· Isu semasa
Bak kut teh: Bersatu mahu cadangan menteri diteliti semula
June 15, 2023· Isu semasa
Ismail Sabri balas Mat Maslan, buat unjuran tanpa fakta semasa PRU-15
June 10, 2023· Politik
Popular
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Polis cari dua wanita video gurauan tarik tudung dipakai muslimah
July 6, 2022
Rumah, kereta mewah bernilai RM1.6 juta disita SPRM
September 26, 2021
Hina Islam: Penghantar makanan masuk penjara, gagal bayar denda RM50,000
July 21, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok