RM421.2 juta pembiayaan mikro kredit disalur menerusi PENJANA

May 27, 2021 · Isu semasa

Sejumlah RM421.2 juta sudah disalurkan menerusi Pembiayaan Mikro Kredit di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) bagi manfaat sebanyak 12,666 perusahaan kecil sederhana (PKS) mikro, setakat 14 Mei, 2021.

Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata ini termasuk pemohon daripada bidang peruncitan dan perkhidmatan.

Dalam pada itu, katanya kementerian juga menyalurkan geran bantuan khas secara one-off sebanyak RM3,000 dan akan disalurkan kepada agensi pelancongan.

“Ia di bawah inisiatif kelapan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA), bagi meringankan beban kewangan yang dihadapi pengusaha pelancongan yang terjejas,” katanya.

Sementara itu Tengku Zafrul yakin pertumbuhan ekonomi negara akan kembali pulih dan berkembang sebanyak 6.5 peratus sehingga tujuh peratus tahun ini.

Katanya, pemulihan itu akan disokong oleh pertumbuhan permintaan domestik, susulan pengguna dan perniagaan akan terus meningkatkan perbelanjaan mereka.

Tengku Zafrul juga mengumumkan tambahan peruntukan sebanyak RM200 juta untuk keperluan kesihatan awam daripada RM800 juta peruntukan asal menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM1 bilion.

Jelasnya, peruntukan tambahan tersebut membuktikan komitmen kerajaan untuk menjaga keselamatan dan kesihatan rakyat yang sedang berdepan cabaran pandemik Covid-19 yang masih menjadi cabaran kepada negara ketika ini.

“Yakinklah kerajaan tidak akan berkompromi berhubung dengan isu nyawa dan keutamaan akan terus diberikan bagi menyokong sistem kesihatan awam terutamanya pada masa krisis Covid-19,” kata Zafrul lagi.

Pada 2020, pandemik Covid-19 menjejaskan ekonomi dalam negeri dengan peminjam daripada perniagaan berkaitan pelancongan, perusahaan kecil dan sederhana dan isi rumah berpendapatan rendah adalah antara yang paling terjejas.

Kerajaan memperkenalkan banyak inisiatif dan mengambil langkah proaktif dalam menangani impak pandemik terhadap ekonomi negara dan juga rakyat yang sedang terkesan akibat penularan virus membunuh tersebut.

Berita berkaitan
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Popular
5,753 orang pengundi meninggal dunia masih belum dipotong nama
September 29, 2021
Bekas Setpol Salahuddin Ayub dilantik Pengerusi SSM baharu
March 13, 2023
Awesome TV digantung penyiaran bermula 2 November
October 19, 2023
Jangan cabar umat Islam: Ridhuan Tee beri amaran isu ziarah gereja
March 16, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok