RM420 juta belanja enam PRN

March 30, 2023 · Isu semasa

Sekurang-kurangnya sebanyak RM420 juta perbelanjaan diperuntukkan untuk enam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijadual diadakan sama ada Julai atau Ogos tahun ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, anggaran itu mengambil kira keadaan semasa jika PRN dibuat pada tahun ini.

“Ini enam negeri yang akan datang nanti dan saya bersetuju dengan apa yang Ahli Parlimen Bachok (Mohd Syahir Che Sulaiman) cadangkan supaya diadakan pilihan raya itu pada Sabtu,” katanya pada sidang Dewan Rakyat, hari ini (30 Mac 2023).

Terdahulu, Mohd Syahir yang juga ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) mencadangkan kepada kerajaan supaya PRN diadakan pada Sabtu.

Dalam masa yang sama, Ahmad turut berkata, cadangan berkenaan boleh diambil kira, sekali gus menyifatkan ia suatu cadangan yang baik memandangkan ke semua enam negeri terbabit cuti pada hari Sabtu.

“Elok hari Sabtu, sebab hari Jumaat di sebelah Pantai Timur cuti, elok hari Sabtu, saya setuju dan saya kira SPR juga tiada masalah untuk itu,” katanya.

Selangor, Kedah, Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang dijangka mengadakan PRN tahun ini setelah tidak menyertai Pilihan Raya Umum Ke-15 pada 19 November 2022.

Berita berkaitan
UMNO diramal hilang separuh sokongan akar umbi, kata KJ
8 jam lalu· Politik
Isu dana judi satu tuduhan berat dibuat PMX tanpa bukti: KJ
9 jam lalu· Politik
KBS jawab Ismail Sabri, peruntukan RM20 juta bina litar tak pernah diluluskan
19 jam lalu· Isu semasa
Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
May 28, 2023· Politik
Popular
Zahid mahu SKMM ambil tindakan terhadap Telegram
May 29, 2023
Projek Aerotropolis: Sanusi kata susah betul nak dapat jumpa PMX
May 29, 2023
LCS: Anwar cakap tak serupa bikin
May 29, 2023
Raja Arshad dilantik sebagai Pengerusi baharu PNB bermula 1 Jun
May 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
LCS: Anwar cakap tak serupa bikin
7 jam lalu · Isu semasa
Menu Rahmah berjaya turun inflasi harga makanan, kata Salahuddin
9 jam lalu · Isu semasa
Ringgit ditutup rendah, harga minyak juga jatuh
10 jam lalu · Isu semasa
Projek Aerotropolis: Sanusi kata susah betul nak dapat jumpa PMX
10 jam lalu · Isu semasa
Raja Arshad dilantik sebagai Pengerusi baharu PNB bermula 1 Jun
10 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PRN Perikatan Nasional N24 Jeneri
1 jam lalu
[VIDEO] Malaysia Madani gagal, Anwar jadi PM buat apa pun tak jadi
2 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok