RM373,000 wang pesara hampir licin dikaut sindiket Macau Scam

April 21, 2022 · Isu semasa

Seorang wanita berusia 61 tahun yang juga pesara kerajaan kerugian RM373,000 selepas diperdaya sindiket Macau Scam sejak November tahun lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Perlis Superintendan Wan Aedil Wan Abdullah berkata wanita terbabit membuat laporan mengenai kejadian itu semalam setelah mendapati wang didalam akaun simpanannya tinggal RM124.20.

Beliau berkata mangsa pada awalnya menerima panggilan telefon daripada suspek yang mendakwa mewakili syarikat insurans dan menyatakan mangsa telah membuat tuntutan bayaran pampasan rawatan perubatan atas dasar kemalangan, lapor Bernama.

“Suspek kemudian menyambungkan panggilan berkenaan kepada pegawai polis yang menyatakan bahawa mangsa terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram.

“Mangsa dikatakan disambungkan panggilan berkenaan kepada pegawai penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur yang menggelarkan dirinya sebagai Puan Yong,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Aedil berkata sindiket berkenaan mengarahkan mangsa supaya memasukkan semua wang simpanannya ke dalam satu akaun bank selain diminta mendaftarkan nombor telefon milik suspek ke atas akaun berkenaan.

Beliau berkata mangsa turut diarahkan melakukan pemindahan wang dan menyerahkan maklumat akaun berkenaan kepada suspek sehingga menyebabkan berlakunya transaksi secara dalam talian tanpa disedari mangsa.

“Transaksi pemindahan wang berlaku sejak November 2021 hingga bulan ini dan mangsa hanya menyedari kejadian itu selepas mendapati baki di dalam akaun banknya hanya RM124.20,” katanya.

Berikutan itu, Wan Aedil berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan hasil semakan mendapati terdapat dua talian telefon digunakan suspek berkaitan dengan 25 kes yang dilaporkan seluruh Malaysia.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah panik dan percaya dengan modus operandi sindiket berkenaan serta menyemak terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang tindakan menerusi perkhidmatan CCID Scam Response Center Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman di talian 03-2610 1559 atau 03-2610 1599.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Popular
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Jalan tertinggi di Malaysia dibuka
January 14, 2022
Bahasa Melayu bahasa rakyat Malaysia
April 9, 2022
Tiada Ketua Polis Daerah di Selangor suspek kes dera
September 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok