RM24.7 juta lesap ditipu firma klon

June 1, 2022 · Isu semasa

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mendedahkan bahawa sekurang-kurangnya RM24.7 juta berkemungkinan ‘lesap’ ke tangan dalang atau perancang utama penipuan firma klon.

Penemuan itu berdasarkan hasil siasatan SC ke atas 10 penipuan terbabit dan berdasarkan semakan yang melibatkan sejumlah 154 penyata bank, lapor Bernama.

Dalam kenyataan hari ini, SC berkata modus operandi penipuan firma klon itu adalah dengan menyasarkan mangsa/pelabur yang sanggup menyerahkan sejumlah kecil wang dan mengharapkan pulangan lumayan dalam tempoh singkat.

Penipuan firma klon itu lazimnya adalah syarikat yang menyamar sebagai sebuah entiti sah atau berlesen, termasuk mengumpan mangsa dengan menyalahgunakan nama serta logo syarikat senaraian awam (PLC), butiran kelayakan korporat dan laman sesawang untuk memperdaya pelabur dan mencuri dana.

“Oleh kerana sebahagian besar daripada mangsa hanya kehilangan sebahagian kecil wang, ramai yang sebaliknya enggan tampil untuk bekerjasama dengan SC,” katanya.

Taktik yang sering digunakan termasuk memaparkan iklan-iklan di media sosial bagi memperdaya pelabur dengan pakej pelaburan yang kononnya dapat menjamin pulangan tinggi dan seolah-oleh diuruskan oleh perantara atau orang tengah berlesen.

Menurut SC, selain daripada itu, sebahagian besar ejen turut digunakan bagi menarik mangsa, berkongsi pelaburan menerusi aplikasi sembang Whatsapp sebaik mangsa menekan pautan yang diberikan.

“Mereka kemudiannya meminta mangsa memasukkan wang bagi skim pelaburan itu ke dalam akaun bank yang dikendalikan oleh pemegang akaun keldai bagi tujuan pengubahan dan menyeleweng hasil atau wang haram yang diterima.

“Dalam siasatan ini, sekurang-kurangnya 32 pemegang akaun keldai telah dikenalpasti membantu dalang penipuan itu,” katanya.

SC berkata, pengendali terbabit juga berupaya meraih sejumlah besar wang haram berdasarkan jumlah mangsa yang ramai.

Malah, dalam satu kes penipuan itu, sekurang-kurangnya RM3.6 juta telah disalurkan ke dalam satu akaun bank keldai dalam tempoh enam bulan.

Daripada sebanyak 24 mangsa yang dikenalpasti, 15 orang enggan bekerjasama dengan SC selaku pengawal selia.

“SC sedang dalam proses meneliti bukti yang ada serta mempertimbangkan pilihan penguatkuasaan yang bersesuaian,” katanya.

Sehubungan itu, suruhanjaya terbabit mengingatkan pelabur untuk lebih berwaspada serta meneliti sebarang peluang pelaburan seperti menyemak kesahihan mana-mana individu atau entiti yang menawarkan pelaburan skim yang dihebahkan menerusi media sosial dan Whatsapp.

Para pelabur juga dinasihati agar tidak memasukkan wang ke dalam akaun peribadi individu apabila diminta berbuat demikian.

Mereka juga digesa merujuk Senarai Makluman Pelabur SC bagi mendapatkan maklumat mengenai laman sesawang tidak sah, produk dan syarikat pelaburan serta individu, kata suruhanjaya itu.

“Pelabur juga boleh menghubungi Pejabat Pengguna dan Pelabur SC di talian 03-6204 8999 atau e-mel [email protected] bagi melaporkan sebarang penipuan yang meragukan,” katanya.

Berita berkaitan
Pelawak lapor polis berhubung pemilihan PKR, dakwa banyak penipuan
June 7, 2022· Politik
Wujud taktik baharu sindiket penipuan, LHDN gesa waspada
April 22, 2022· Isu semasa
Kerugian RM2 juta lebih melibatkan penipuan rakan media sosial
April 1, 2022· Isu semasa
Isu saham Azam Baki, SC putuskan kes sudah selesai: Wan Junaidi
March 23, 2022· Isu semasa
Popular
Zahid dakwa tertekan, tak nafi guna dana YAB bayar kad kredit
June 30, 2022
Operasi cari 10 pemancing, 3 kru bot hilang diperluas: APMM
July 1, 2022
Mahkamah tangguh keputusan kes rasuah Azeez buat kali terakhir
July 1, 2022
Keputusan kes rasuah Rosmah diubah kepada 1 September
July 1, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kekurangan doktor di HKL, HTA hanya sementara
4 minit lalu · Isu semasa
Permohonan Irwan, Arul Kanda batal saman 1MDB didengar 19 Okt
4 minit lalu · Isu semasa
Guan Eng menang kes saman terhadap dua akhbar bahasa Cina
8 minit lalu · Isu semasa
Tiada syarikat di Malaysia ada lesen import, jual air zam zam: KKM
14 minit lalu · Isu semasa
MoF sentiasa tingkat subsidi kepada rakyat: Tengku Zafrul
27 minit lalu · Isu semasa
Video / Foto
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
2 jam lalu
[VIDEO] Marah disaman tiada lesen, langgar kereta JPJ sehingga terbalik
24 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok