RM2 bilion siapkan Buku RMK12?

September 28, 2021 · Isu semasa

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempersoalkan tindakan kerajaan yang didakwanya membelanjakan lebih RM2 bilion untuk menyiapkan Buku Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

Katanya peruntukan tersebut yang diberikan kepada konsultan luar negara sewajarnya diberikan kepada pakar-pakar dalam negara untuk menjalankan kajian, termasuk berkaitan kemiskinan, dalam menyiapkan Buku RMK-12.

“Saya difahamkan lima tahun dulu telah dibelanjakan RM1.8 bilion (kepada konsultan luar). Jadi saya nak tanya, lebih RM2 bilion diberikan kepada konsultan untuk menyiapkan Buku RMK12 ini, mungkin sebahagiannya (kandungan kajian) kita boleh guna pakai.

“Tetapi saya masih yakin, maklumat dan perancangan dalam negara boleh dan mampu dikendalikan oleh kepakaran dalam negara kerana mereka lebih faham masalah dalam negara.

“Siapa boleh faham masalah kemiskinan dan kesenjangan dalam negara, bukan pakar-pakar konsultan luar,”katanya ketika membahaskan RMK-12 di Dewan Rakyat, hari ini.

Anwar berkata kepercayaan untuk menguruskan ekonomi perlu diberi dalam kalangan warganegara Malaysia yang nyata lebih memahami keadaan negara.

Dalam pada itu, Anwar turut menggesa kerajan supaya memberi fokus kepada golongan Bumiputera dan B40.

“Daripada kita secara berterusan ingin memperkotak katikkan tentang kuota bumiputera dan sebagainya, saya mahu beri satu soalan kerana orang anggap kita ini tidak setuju dengan dasar Bumiputera. Apa salahnya kalau kita tumpukan latihan, mutu pendidikan dan mutu kesihatan awam kepada golongan miskin desa dan bandar yang majoritinya adalah golongan Bumiputera?

“Wujudkan peruntukkan itu dan bukannya ditekankan isu kedudukan di syarikat berkaitan kerajaan (GLC), soal kontrak, soal hendak lahirkan ramai jutawan. Kita tidak peduli perihal berjuta-juta, Bumiputera (kurang berkemampuan)yang patut diberikan keutamaan dan perhatian,” katanya.

Menerusi RMK-12, kerajaan menyasarkan untuk membasmi kemiskinan tegar menjelang 2025 dengan menumpukan kepada 2.9 juta isi rumah B40 dengan pendapatan bulanan di bawah RM4,850.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan memperuntukan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM400 bilion dalam RMK-12, selain menjangkakan ekonomi negara pulih dan mencapai pertumbuhan yang lebih kuat antara 4.5 peratus hingga 5.5 peratus setahun setelah mengalami pergolakan pada akhir RMK-11 akibat pandemik Covod-19.

Berita berkaitan
Mahkamah kembalikan perintah pengharaman buku Gay is Okay! A Christian Perspective”
September 25, 2023· Isu semasa
Bebas perasuah, tatakelola sudah jadi tatakelaut dan reformati: Muhyiddin
September 13, 2023· Politik
Harga barang naik, PMX umum cukai baharu pula akan diperkenalkan
September 11, 2023· Isu semasa
Tommy didakwa guna RM3.5 juta dana awam lantik peguam luar
October 22, 2022· Isu semasa
Popular
Jalan tertinggi di Malaysia dibuka
January 14, 2022
Mahkamah benar Najib hadiri prosiding rayuan esok
July 10, 2023
Kes terowong Guan Eng: Pembelaan dakwa tiga saksi ‘tak cakap benar’
January 17, 2023
PM putuskan tak perlu mesyuarat khas bahas lompat parti: Wan Junaidi
June 10, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Sekarang siapa jadi kerajaan, Muhyiddin kritik isu kejatuhan ringgit
February 24, 2024 · Isu semasa
Pelarasan tarif air baharu, pengguna dijangka merasai kenaikan bermula 1 Feb
January 17, 2024 · Isu semasa
Ringgit menyusut dibuka paras RM4.70 berbanding dolar
January 17, 2024 · Isu semasa
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024 · Isu semasa
Gangguan bekalan air bermula esok di Pulau Pinang
January 9, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok