RM2.7 juta disediakan kerajaan Kelantan bantu rakyat terjejas

June 2, 2021 · Isu semasa

Pakej Bantuan Cakna Rakyat Covid-19 yang disedia kerajaan Kelantan akan memperuntukkan RM2.7 juta bagi membantu rakyat negeri itu yang terjejas sepanjang tempoh pelaksanaan sekatan pergerakan penuh.

Pakej tersebut diumumkan Menteri Besarnya Datuk Ahmad Yakob yang berkata sebanyak RM60,000 akan diselaraskan kepada 45 Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kelantan.

“Bayaran cukai tanah semasa yang berakhir 30 Jun akan dilanjutkan kepada 31 Ogos ini. Denda lewat cukai tanah hanya akan dikenakan bermula 1 Sept ini,” katanya dalam kenyataan hari ini lapor Bernama.

Sebagai tanda sokongan dalam usaha menangani COVID-19, Ahmad berkata beliau, Exco kerajaan negeri dan Ahli DUN, masing-masing menyumbangkan RM15,000, RM10,000 dan RM3,000 yang akan disalurkan kepada Tabung Amanah Kebajikan Darul Naim.

Dalam pada itu, beliau turut menyeru seluruh rakyat Kelantan untuk segera mendaftar dan mengambil suntikan vaksin COVID-19.

“Marilah kita terus berdoa agar petugas barisan hadapan diberi kekuatan dan ketabahan oleh Allah S.W.T atas usaha dan pergorbanan dalam menjalankan tugas yang sangat mulia ini,” tambahnya.

Berita berkaitan
Radzi berharap Dr Noor Hisham terus menyumbang kepada negara
June 3, 2023· Isu semasa
Bersatu akan tanding di Terengganu, Kelantan kata PAS
June 3, 2023· Politik
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
June 1, 2023· Isu semasa
Negeri diperintah PAS berdepan sekatan, birokrasi Putrajaya : Hadi
May 23, 2023· Politik
Popular
Tiada lagi subsidi ayam dan telur pada 1 Julai: Mat Sabu
June 8, 2023
Speaker tolak usul bahas skandal LCS, tapi kenapa kerap dibincang semasa PRU?
June 8, 2023
Dewan Rakyat riuh bila sup tulang babi dicadang jadi makanan kebangsaan
June 7, 2023
Singapura tak guna OPR, Dr M beritahu Anwar
June 7, 2023
Lagi Isu semasa terkini
PAC panggil 4 kementerian, 1 GLC minggu depan
35 minit lalu · Isu semasa
Hans Isaac kini Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia
4 jam lalu · Isu semasa
Kedah tawar pinjaman pendidikan buat pelajar yang layak ke IPTA, IPTS
5 jam lalu · Isu semasa
Anak saudara Sivarasa bebas tuduhan rasuah
6 jam lalu · Isu semasa
Speaker tolak usul bahas skandal LCS, tapi kenapa kerap dibincang semasa PRU?
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
4 jam lalu
[VIDEO] Gelombang sudah ada, PN tetap usaha menang PRN enam negeri
22 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok