RM156 bilion lebih sudah dibelanja bagi pakej bantuan, rangsang ekonomi

December 13, 2021 · Isu semasa

Sebanyak RM156.18 bilion daripada RM225 bilion yang diperuntukkan menerusi empat pakej bantuan dan rangsangan ekonomi telah dibelanjakan setakat 30 Nov 2021 bagi merangsang semula ekonomi negara, Dewan Negara diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Kewangan II Yamani Hafez Musa berkata pakej berkenaan meliputi Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI), Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA), PEMERKASA Tambahan dan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), menurut laporan Bernama.

Beliau berkata berikutan pelaksanaan pakej berkenaan, trend pemulihan ekonomi telah dapat dilihat apabila ekonomi negara berkembang tiga peratus pada sembilan bulan pertama tahun ini, berbanding penguncupan 6.4 peratus dalam tempoh sama pada tahun sebelumnya.

Menurutnya kebenaran merentas negeri dan pembukaan semula hampir semua sektor ekonomi serta penyambungan semula kebanyakan aktiviti sosial di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) turut membantu mengembangkan ekonomi negara.

“Susulan kemajuan pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) telah meningkatkan permintaan domestik serta mendorong sentimen positif dalam kalangan perniagaan dan juga pengguna dengan membantu rakyat yang terjejas selain memastikan kelangsungan perniagaan.

“Indeks sentimen pengguna contohnya telah melonjak kepada 101.7 mata pada suku ketiga 2021 berbanding 64.3 mata pada suku tahun sebelumnya,” katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Negara di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Razali Idris mengenai sejauh mana empat pakej bantuan dan rangsangan ekonomi iaitu PERMAI, PEMERKASA, PEMERKASA Tambahan dan PEMULIH telah merangsang semula ekonomi negara.

Berita berkaitan
Hutang kerajaan dibayar mengikut jadual, kata Kementerian Kewangan
December 20, 2021· Isu semasa
Penerima BKC Fasa 2 terima bayaran Khamis ini
November 23, 2021· Isu semasa
Timb Menteri Kewangan II beri penjelasan terkait Kertas Pandora
November 2, 2021· Isu semasa
RM3 bilion dijangka kutipan Cukai Makmur, kata MOF
November 2, 2021· Isu semasa
Popular
Serang ustaz, pelajar tahfiz: Dua lelaki ditahan, tiga masih diburu
August 12, 2022
Menteri agama gesa KDN ambil tindakan wanita pakai ihram lelaki
August 12, 2022
Skandal LCS: “Duit BNS sudah habis, esok pun company boleh lingkup”
August 13, 2022
Jho Low, bapa abai perintah beku aset: 1MDB dibenar bertindak
August 13, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Pakar ekonomi jangka OPR naik dua kali lagi, mungkin naik bayaran pinjaman
2 jam lalu · Isu semasa
Jho Low, bapa abai perintah beku aset: 1MDB dibenar bertindak
5 jam lalu · Isu semasa
Kementerian ambil tindakan segera insiden pelanggaran data iPay88
6 jam lalu · Isu semasa
Skandal LCS: “Duit BNS sudah habis, esok pun company boleh lingkup”
6 jam lalu · Isu semasa
Jumlah pesakit sembuh semalam mengatasi jangkitan baharu Covid
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
August 10, 2022
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok