RM15 juta disalur kerajaan pusat kepada Johor, kata MB

May 22, 2022 · Isu semasa

Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sebanyak RM15 juta kepada negeri ini, antaranya untuk pembangunan Kampung Baru Cina serta geran perniagaan berasaskan sains dan teknologi.

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata peruntukan itu diterima daripada Kementerian Perpaduan Negara serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, lapor Bernama.

Katanya bagi pembangunan Kampung Baru Cina serta geran perniagaan berasaskan sains dan teknologi masing-masing menerima peruntukan RM5 juta.

“Sebanyak RM5 juta lagi untuk rumah ibadat bukan Islam seluruh negeri Johor,” katanya menerusi hantaran di Facebook rasmi beliau hari ini.

Selain itu, katanya sebanyak RM500,000 turut diberikan kepada projek pencahayaan di daerah Kota Tinggi.

Menurut Onn Hafiz kerajaan negeri turut memperuntukkan RM3.6 juta bagi menyelesaikan beberapa isu di daerah tersebut dengan RM2.3 juta daripadanya adalah untuk projek Rancangan Tebatan Banjir di Kota Mas.

“Sebanyak RM500,000 diperuntukkan untuk kerja-kerja pendawaian elektrik Bangunan Sultan Iskandar iaitu di Bangunan Pejabat Daerah, manakala RM800,000 lagi bagi menaik taraf longkang sekali gus menyelesaikan jalan terputus akibat banjir di daerah itu,” katanya.

Terdahulu, beliau menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi daerah Kota Tinggi yang turut dihadiri Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique, yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba, yang juga Ahli Parlimen Tenggara.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Jalan tertinggi di Malaysia dibuka
January 14, 2022
Bahasa Melayu bahasa rakyat Malaysia
April 9, 2022
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok