RM122.06 bilion bantu perusahaan selesai diagihkan sejak Mac 2020

June 21, 2021 · Isu semasa

Dua puluh satu inisiatif bernilai RM41.45 bilion yang diumumkan kerajaan bagi membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dan perniagaan besar ketika pandemik Covid-19, telah selesai diagihkan sehingga 15 Jun lalu.

Majoriti daripada 89 inisiatif itu berada di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi PRIHATIN yang diumumkan kerajaan pada Mac 2020, diikuti inisiatif di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), Pakej Kerangka Inisiatif Tambahan Khas (KITA PRIHATIN) serta Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI).

Di bawah bantuan yang telah disempurnakan ini, sejumlah RM122.06 bilion peruntukan telah diagihkan sejak Mac 2020.

Setakat ini, 33 inisiatif masih sedang dilaksanakan, terdiri daripada empat di bawah PRIHATIN, enam di bawah PENJANA, 14 di bawah peruntukan Belanjawan 2021 serta sembilan di bawah inisiatif PERMAI.

Memetik laporan Bernama hari ini, inisiatif ini membabitkan peruntukan berjumlah RM41.45 bilion.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata kerajaan komited dan proaktif menetapkan rangsangan ekonomi secara berkala selain memastikan setiap bantuan kewangan disasarkan untuk mengelakkan pembaziran.

“Tujuannya sudah tentunya bagi memastikan setiap program rangsangan akan menjana hasil positif terutamanya daripada mereka yang terkesan akibat daripada pandemik.

“Ini sememangnya satu tugas yang sukar bagi kerajaan kerana ia perlu mengimbangi kesukaran dalam jangka masa pendek di samping menangani cabaran masa depan, terutama dalam konteks produktiviti dan meningkatkan tahap daya saing,” katanya hari ini.

Sementara itu, kerajaan masih belum memulakan 35 inisiatif daripada jumlah yang diumumkan yang menyediakan lebih banyak peluang kepada PMKS dan syarikat besar untuk meraih manfaat daripada bantuan kerajaan.

Kebanyakan daripada inisiatif yang masih belum dimulakan berada di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat Dan Ekonomi (PEMERKASA) yang diumumkan pada Mac tahun ini serta insiatif lanjutan yang dipanggil PEMERKASA Tambahan yang diperkenalkan pada Mei baru-baru ini.

Peruntukan berjumlah kira-kira RM42.16 bilion bakal tersedia untuk dimanfaatkan PMKS dan perniagaan besar kerana insiatif ini masih dalam proses awal.

Sehubungan itu, Mohd Afzanizam berkata isu-isu yang berkait dengan kapasiti dalam kalangan PMKS terutamanya dalam bahagian teknologi dan pendigitalan perlu diberi lebih tumpuan.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Hina Islam: Penghantar makanan masuk penjara, gagal bayar denda RM50,000
July 21, 2022
Ditipu pelaburan tak wujud, juruaudit rugi RM1.48 juta
October 12, 2023
Rumah, kereta mewah bernilai RM1.6 juta disita SPRM
September 26, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok