RM100 juta hadiah Najib, Bajet 2022 lulus peringkat dasar tumpuan Dewan Rakyat

November 19, 2021 · Isu semasa

Persidangan Dewan Rakyat minggu keempat menyaksikan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2022 diluluskan di peringkat dasar, selain isu-isu seperti penggunaan kanabis dan pelaksanaan rangkaian 5G antara yang dibangkitkan Ahli Parlimen.

Sebanyak 31 Kementerian terlibat dalam sesi penggulungan selama empat hari sepanjang minggu ini, selepas RUU itu dibahas 131 Ahli Parlimen selama dua minggu sebelum ini, menurut laporan Bernama.

RUU ini seterusnya akan dibahas di peringkat jawatankuasa mulai Isnin ini sebelum diluluskan dan dibawa ke Dewan Negara.

Minggu ini juga menyaksikan persidangan agak ‘panas’ apabila Ahli Parlimen blok pembangkang membangkitkan isu berkaitan siasatan dana Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA), larangan penjualan arak dan peruntukan RM100 juta sebagai ‘hadiah’ kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menjawab isu kanabis ditimbulkan beberapa Ahli Parlimen, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata permohonan penggunaannya bagi tujuan perubatan boleh dikemukakan kepada Pihak Berkuasa Kawalan Dadah untuk dinilai dan didaftarkan sekiranya mempunyai bukti saintifik mencukupi untuk dipasarkan.

Isu pelaksanaan rangkaian 5G pula ditimbulkan beberapa Ahli Parlimen yang menyoal kewajaran kerajaan melaksanakan rangkaian berkenaan menggunakan konsep single wholesale network system melalui syarikat Digital Nasional Berhad (DNB) berbanding konsep multi system.

Dalam hal ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa menjelaskan bahawa pihak DNB tidak menggunakan dana secara langsung kerajaan dan tiada sebarang jaminan kerajaan diberikan, selain syarikat terbabit turut diarahkan memberikan taklimat kepada semua Ahli Parlimen tentang pelaksanaan rangkaian itu.

Selain itu, Dewan Rakyat juga dimaklumkan mengenai cadangan penggubalan akta khusus berkaitan pensijilan halal yang sedang diteliti, kos mengerjakan ibadah haji yang dijangka meningkat dan senarai Jawatankuasa Suruhanjaya Siasatan Diraja Lembaga Tabung Haji yang akan dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong sebelum diumumkan.

Turut dimaklumkan ialah mengenai Kerangka Dasar Luar baharu yang sedang digubal Wisma Putra yang akan memasukkan beberapa pendekatan baharu termasuk diplomasi budaya, manakala kerangka undang-undang berkaitan perubahan iklim pula dijangka siap awal tahun hadapan.

Persidangan minggu ini bagaimanapun tidak begitu ‘meriah’ malah ada sesi penggulungan beberapa kementerian hanya dijalankan kira-kira 20 minit susulan kebanyakan Ahli Parlimen yang membangkitkan soalan ketika sesi perbahasan tidak berada di dalam Dewan ketika sesi penggulungan.

Berita berkaitan
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024· Isu semasa
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Perbicaraan 1MDB: Saksi beritahu perbincangan atas kapal tiada wakil pegawai kerajaan
January 5, 2024· Isu semasa
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
December 1, 2023· Politik
Popular
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024
TLDM rancang miliki kapal misi pesisir baharu ganti aset usang
March 28, 2022
Kes rasuah kementerian RM41j, penulis blog politik kena cekup SPRM
May 12, 2023
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
23 jam lalu · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
23 jam lalu · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok