RM1 juta masuk akaun bank Shahrir Samad, isteri: Saksi

October 4, 2022 · Isu semasa

Seorang pengurus bank mengesahkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini, bahawa terdapat kemasukan wang berjumlah RM1 juta ke akaun Public Islamic Bank atas nama Tan Sri Shahrir Abd Samad dan isterinya, Puan Sri Shahrizan Abdullah.

Pengurus Perkhidmatan Perbankan Public Islamic Bank Berhad Cawangan Bukit Damansara, Mohd Farid M Alnafiah, 40, berkata wang itu dimasukkan ke akaun pasangan itu bernombor 3810549101 menggunakan cek bernombor 000089, pada 28 November 2013.

Menurut laporan BH, saksi pendakwaan ke-20 itu berkata, baki akaun berjumlah RM82,324.96 tiga hari sebelum itu, berdasarkan penyata bank berkenaan bertarikh 4 Disember 2013.

“Transaksi pengeluaran wang akaun terbabit pula membabitkan RM200,000 dan nombor cek 503096 pada 2 Disember 2013.

“Saya sahkan pengeluaran wang itu kepada Shahrizan kerana nombor cek itu dan butiran pada cek sama dengan penyata bank berkenaan.

“Baki akhir bagi penyata ini adalah RM882,420.14,” katanya ketika membaca pernyataan bertulis di hadapan Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Rasyidah Murni Azmi, Mohd ‘Afif Ali dan Natrah Fareha Rahmat, manakala Shahrir diwakili peguam, Datuk Syed Faisal Al-Edros Syed Abdullah Al-Edros serta Tan Sri Dzulkifli Ahmad.

Shahrir, 72, didakwa membabitkan diri dalam pengubahan wang haram dengan tidak melaporkan pendapatan sebenar dalam borang cukai pendapatan bertentangan dengan Seksyen 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967.

Bekas Pengerusi FELDA dan bekas Ahli Parlimen Johor Bahru itu, tidak mengisytiharkan pendapatan diterima daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berjumlah RM1 juta, melalui sekeping cek yang kemudian dimasukkan ke dalam akaun bank miliknya.

Kesalahan didakwa dilakukan di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Cawangan Duta di Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim, di sini, pada 25 April 2014 dan didakwa mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.

Mohd Farid ketika pemeriksaan balas oleh Syed Faisal Al-Edros pula berkata, beliau tidak mengetahui sama ada RM200,000 dikeluarkan Shahrizan adalah wang bayaran balik daripada Shahrir.

Syed Faisal Al-Edros: Encik Farid tidak tahu wang itu dipinjam kepada Shahrir untuk aktiviti politik di Johor Bahru dan kerja membaik pulih Projek Puri Langkasuka, Larkin?

Mohd Farid: Tidak tahu.

Selain itu, pengurus bank berkenaan mengesahkan Shahrir melakukan 20 transaksi bank berjumlah RM1,223,680, dari 4 Jun hingga 17 Oktober 2013.

Bagaimanapun, saksi itu sekali lagi menjawab ‘tidak tahu’, selepas peguam terbabit mencadangkan wang itu digunakan bagi aktiviti politik dan membaik pulih projek terbabit.

Dalam pemeriksaan balas oleh Dzulkifli pula, Mohd Farid mengesahkan tidak direkod keterangan oleh LHDN bagi membantu siasatan.

“Seingat saya, tiada rekod percakapan juga oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap saya, hanya kemuka dokumen,” katanya.

Perbicaraan kes ini bersambung esok.

Berita berkaitan
Kes saman fitnah: Ramasamy sudah bayar Zakir RM1.52 juta
3 jam lalu· Politik
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
3 jam lalu· Politik
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023· Politik
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023· Isu semasa
Popular
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
December 1, 2023
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
December 1, 2023
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
3 jam lalu · Isu semasa
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
4 jam lalu · Isu semasa
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
4 jam lalu · Isu semasa
SPR jangka 70 peratusan keluar pengundi pada PRK Kemaman esok
4 jam lalu · Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
23 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Litar lumba projek terbengkalai BN, bukan projek Sanusi
8 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Tuan Ibrahim di ceramah PAS Gong Limau
15 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok