RM1.19 bilion permohonan subsidi upah 2.0 diluluskan kerajaan

June 3, 2021 · Isu semasa

Sebanyak RM1.193 bilion permohonan yang memberi manfaat kepada 73,815 majikan sudah diluluskan Putrajaya di bawah Program Subsidi Upah 2.0 (PSU 2.0) setakat 21 Mei, 2021.

Menteri Kewangan, Senator Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata jumlah subsidi tersebut melibatkan sejumlah 642,123 pekerja yang membantu majikan untuk terus beroperasi dan mengekalkan penggajian pekerja mereka.

“Antara industri dan sektor utama yang mengambil pekerja termasuk pembuatan serta perdagangan borong dan runcit,” katanya lapor Bernama dalam laporan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) ke-55 hari ini.

Beliau berkata selain itu setakat 21 Mei, sebanyak 137,593 pekerja juga telah berjaya mendapat pekerjaan melalui Program Insentif Pengambilan Pekerja dan Bantuan Latihan.

Beliau berkata bagi dana pinjaman mudah perusahaan kecil sederhana (PKS) yang dikendalikan Bank Negara Malaysia (BNM), jumlah permohonan yang telah diluluskan oleh bank-bank tempatan dan disetuju terima oleh PKS adalah RM11.95 bilion, dan ia akan memberi manfaat kepada 25,406 PKS, setakat tarikh yang sama.

Di bawah program pembiayaan PKS Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) pula, sebanyak 7,497 permohonan telah diluluskan dengan nilai pinjaman sebanyak RM1.403 bilion setakat 21 Mei, katanya.

“Setakat 21 Mei, RM66.2 juta telah disalurkan kepada 13,866 perniagaan dalam bentuk geran dan pinjaman untuk langganan perkhidmatan digitalisasi,” katanya.

Menyentuh isu pembiayaan sektor pelancongan PENJANA, Tengku Zafrul berkata setakat 21 Mei, terdapat 657 permohonan bagi pembiayaan ini.

“Daripada jumlah ini, sebanyak 325 permohonan telah diluluskan dengan jumlah pembiayaan sebanyak RM64.6 juta,” katanya.

Beliau juga berkata setakat 21 Mei, sebanyak RM722.91 juta elaun khas barisan hadapan telah disalurkan berdasarkan 2,028,639 tuntutan daripada doktor, jururawat dan kakitangan perubatan lain yang terlibat secara langsung dalam pengurusan dan pembendungan pandemik COVID-19.

“Elaun khas ini juga dipanjangkan kepada anggota tentera, polis, kastam, imigresen, bomba, anggota Angkatan Pertahanan Awam serta anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia yang terlibat secara langsung dalam melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya.

Berita berkaitan
MOF tak benarkan pengeluaran KWSP bersasar kerana jejas simpanan persaraan
November 24, 2023· Isu semasa
Ditolak dalam PRN, Zafrul kata tidak tahu apa lagi jenis amaran perlu diberi
August 14, 2023· Politik
Dokumen didedah bukti PMX berbohong, Muhyiddin minta peguam teruskan tindakan saman
July 20, 2023· Politik
Berjaya, Naza saman Kementerian Kewangan
July 17, 2023· Isu semasa
Popular
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023
Mahkamah tolak permohonan penghakiman terus syarikat barang kemas terhadap Rosmah
November 29, 2023
Sekumpulan gajah di Gerik pijak kereta, sekeluarga berdepan keadaan cemas
November 27, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
10 minit lalu · Isu semasa
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023 · Isu semasa
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023 · Isu semasa
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
November 29, 2023 · Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Agihan saksama kepada sekolah cina walaupun tak dihargai
16 jam lalu
[VIDEO] Sanusi konsisten salur peruntukan pembangkang Kedah sejak 2020
17 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok