RM terus rendah berbanding dolar

June 1, 2022 · Isu semasa

Ringgit meneruskan aliran menurunnya untuk ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini susulan data inflasi tinggi ditambah dengan kenaikan seterusnya mata wang Amerika Syarikat (AS) itu, kata seorang penganalisis.

Pada 6 petang, unit tempatan turun kepada 4.3805/3850 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.3755/3780 pada Selasa, lapor Bernama.

Jabatan Perangkaan Malaysia melaporkan bahawa kadar inflasi Malaysia meningkat sebanyak 2.5 peratus, disebabkan oleh kenaikan harga barang dan bahan api pada 2021.

Peningkatan itu adalah lebih tinggi berbanding kadar inflasi 0.7 peratus yang direkodkan semasa pra pandemik tahun 2019.

Penganalisis kanan pasaran OANDA Asia Pacific Jeffrey Halley berkata hasil Perbendaharaan AS yang tinggi semalaman telah menyokong kenaikan dolar AS, dengan indeks dolar meningkat 0.48 peratus kepada 101.78.

“Kekukuhan dolar AS menyebabkan mata wang Asia susut kembali daripada kenaikan hari sebelumnya, dengan ringgit, sekali lagi mencatatkan penurunan yang ketara,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Ringgit hampir tidak berubah berbanding dolar Singapura kepada 3.1928/1965 daripada paras penutup 3.1929/1949 pada Selasa dan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.3865/3903 daripada 3.4202/4222.

Unit tempatan susut berbanding pound Britain kepada 5.5159/5216 daripada 5.5144/5176 dan berkurangan berbanding euro kepada 4.6985/7034 daripada 4.6923/6950.

Berita berkaitan
Bank Negara jangka ringgit tak cecah paras RM5 berbanding dolar
June 9, 2023· Isu semasa
Ringgit dibuka lemah berbanding dolar AS
June 8, 2023· Isu semasa
Ringgit rendah berbanding dolar AS
June 6, 2023· Isu semasa
Kenaikan OPR seperti di Singapura, akan bantu kukuh nilai mata wang: PMX
June 6, 2023· Politik
Popular
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
June 9, 2023
Tajaan JPA bagi bidang perubatan pergigian dan farmasi dihentikan
June 10, 2023
SPRM sahkan beku akaun bekas menteri kanan dalam siasatan dana RM2.3 bilion
June 9, 2023
Sanusi mohon perintah mahkamah tentukan skop pengampunan Anwar
June 9, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Lanjutkan pengecualian duti setem hartanah, kata persatuan kepada kerajaan
5 jam lalu · Isu semasa
Tajaan JPA bagi bidang perubatan pergigian dan farmasi dihentikan
5 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
June 9, 2023 · Isu semasa
Khidmat Nor Shamsiah tak disambung, Shaik Abdul Rasheed jadi Gabenor baharu 1 Julai
June 9, 2023 · Isu semasa
40 beg tangan 1MDB akan dilelong : Azalina
June 9, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Zahid sebak laungan bebas Bossku bergema depan Anwar
June 9, 2023
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
June 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok