RM jatuh lagi berbanding penutup 4.691 semalam, bursa kembali pulih

October 14, 2022 · Isu semasa

Nilai ringgit dilaporkan jatuh lagi pada awal pembukaan urus niaga pagi ini (14 Oktober 2022) berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), dipengaruhi Indeks Harga Pengguna (IHP) negara itu.

Kemungkinan AS akan menaikkan lagi kadar faedahnya turut mempengaruhi nilai ringgit yang dibuka pada jam 9 pagi ini, susut kepada RM4.692 daripada paras penutup RM4.691 semalam.

Menurut laporan berita antarabangsa, IHP AS meningkat kepada 8.2 peratus pada September berbanding unjuran 8.1 peratus, dengan Rizab Persekutuan (Fed) mungkin menaikkan lagi kadar dasar semalamannya (OPR).

Ringgit juga diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang asing, termasuk pound Britain, euro dan Singapura.

Sementara itu, Bursa Malaysia dilaporkan memulakan dagangan lebih kukuh pagi ini dipengaruhi saham utama AS, Wall Street.

FBM KLCI naik 8.95 mata kepada 1,392.31 apabila dibuka pagi ini, dengan 242 kaunter mencatat keuntungan, berbanding 60 yang mengalami kerugian.

Jumlah dagangan mencecah 129.36 juta saham bernilai RM51.7 juta.

Di AS, IHP pada September mencatatkan peningkatan 0.4% bulan ke bulan yang melebihi jangkaan penganalisis sebanyak 0.3%.

Walaupun keputusan itu mengukuhkan satu lagi kenaikan kadar faedah yang agresif pada mesyuarat dasar monetari Fed yang akan datang, harga ekuiti dilihat meningkat pada waktu pagi kerana pelabur percaya ini boleh menjadi kemuncak masalah inflasi negara.

Pasaran Asia meningkat pada sentimen positif semasa pembukaan apabila pelabur mendapat tawaran murah selepas beberapa hari jualan.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Menjelang PRU-15, nilai ringgit terus menjunam menghampiri RM4.80
November 2, 2022· Isu semasa
Ringgit merosot lagi pada awal sesi dagangan.
October 31, 2022· Isu semasa
Nilai ringgit jatuh pada sesi pembukaan
October 28, 2022· Isu semasa
Ringgit dibuka paras RM4.70 berbanding dolar
October 27, 2022· Isu semasa
Popular
Wartawan dinyahkan dari kumpulan WhatsApp PMO?
November 25, 2022
Sentiasa buat baik dan buatlah yang terbaik, pesan Radzi
November 25, 2022
3,024 kes baharu, lapan kematian
November 26, 2022
Kerajaan laksana PKP di 6 daerah Selangor bermula 6 Mei
May 4, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Lelaki muat naik video berunsur perkauman dibebaskan
45 minit lalu · Isu semasa
3,024 kes baharu, lapan kematian
13 jam lalu · Isu semasa
Wartawan dinyahkan dari kumpulan WhatsApp PMO?
24 jam lalu · Isu semasa
Sentiasa buat baik dan buatlah yang terbaik, pesan Radzi
November 25, 2022 · Isu semasa
2,877 kes baharu, lapan kematian
November 25, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin zahir terima kasih, Perikatan tidak akan sertai kerajaan Anwar
21 jam lalu
[VIDEO] Setpol Ismail Sabri dikaitkan rancang jatuhkan Najib
November 25, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok