Rizab antarabangsa BNM naik

July 22, 2022 · Isu semasa

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$107.0 bilion setakat 15 Julai, 2022, lapor bank pusat itu hari ini.

Kedudukan rizab itu adalah memadai bagi membiayai 5.7 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 1.1 kali jumlah hutang luar negara jangka pendek, kata bank pusat itu dalam satu kenyataan hari ini.

BNM berkata komponen utama rizab antarabangsa ialah rizab mata wang asing (US$94.6 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) (US$1.3 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (US$5.7 bilion), emas (US$2.3 bilion) dan aset rizab lain (US$3.1 bilion).

Aset itu merangkumi emas, pertukaran mata wang asing dan dan rizab-rizab lain termasuk SDR (RM471.04 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.12 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM23.65 bilion), tanah dan bangunan (RM4.14 bilion) dan aset lain (RM29 bilion).

Sementara itu, modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM161.23 bilion), mata wang dalam edaran (RM159.71 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM161.42 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM7.99 bilion), deposit lain (RM12.15 bilion), kertas Bank Negara (RM5.76 bilion), peruntukan SDR (RM28.25 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM3.33 bilion). – Bernama

Berita berkaitan
Wanita Malaysia lahir anak di luar negara tak layak dapat kerakyatan
August 5, 2022· Isu semasa
IMF semak semula unjuran pertumbuhan KDNK 2022 kepada 5.1 peratus
July 27, 2022· Isu semasa
KDN anggar 1.2 juta lebih warga China tidak keluar Malaysia
July 26, 2022· Isu semasa
12 permohonan warga Bangladesh dilulus kerakyatan setakat Jun
July 26, 2022· Isu semasa
Popular
Rakyat mahu tahu Menteri mana guna kuasa tukar reka bentuk LCS
August 7, 2022
Zahid jangan lari tanggungjawab, buat-buat lupa jadi Menteri Pertahanan pada 2011
August 7, 2022
Pihak berkuasa diarah siasat kumpulan percaya kemunculan Imam Mahdi
August 7, 2022
Skandal kapal tempur ketika BN, UMNO memerintah cetus kemarahan rakyat
August 7, 2022
Lagi Isu semasa terkini
2,728 kes baru semalam, 6 kematian
1 jam lalu · Isu semasa
Potong usus jadi pilihan VIP: Untuk cantik atau sihat?
1 jam lalu · Isu semasa
Mangsa tetakan meninggal, tuduhan mencederakan bakal diubah
2 jam lalu · Isu semasa
Tiada pergaduhan kaum di Sungai Petani, kata polis
2 jam lalu · Isu semasa
Sukan Komanwel: Nur Dhabitah raih perak acara terjun
2 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022
[VIDEO] Melayu jangan terpengaruh dengan Gerakan Dr M, kata Naib Presiden UMNO
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok