Rizab antarabangsa BNM naik AS$116.7 bilion pada 30 November

Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini memaklumkan rizab antarabangsanya meningkat kepada AS$116.7 bilion pada 30 November 2021 lalu, berbanding 15 hari sebelumnya sebanyak AS$116.5 bilion.

Dalam satu kenyataan BNM berkata paras rizab itu adalah memadai bagi membiayai lapan bulan import tertangguh dan 1.3 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

Menurut bank pusat itu komponen utama rizab antarabangsa adalah rizab mata wang asing (AS$103.9 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.4 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (AS$6.1 bilion), emas (AS$2.2 bilion), dan aset rizab lain (AS$3.1 bilion).

Aset-aset itu terdiri daripada emas, pertukaran mata wang asing dan rizab lain, termasuk SDR berjumlah RM488.98 bilion, dan kertas kerajaan Malaysia (RM12.21 bilion).

Memetik Bernama aset itu juga terdiri daripada deposit dengan institusi kewangan (RM629.64 juta), pinjaman dan pendahuluan (RM22.08 bilion), tanah dan bangunan (RM4.16 bilion) serta aset-aset lain (RM15.84 bilion).

Modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar yang berjumlah sehingga RM100 juta, rizab (RM187.85 bilion), mata wang dalam edaran (RM146.94 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM157.31 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM4.62 bilion), lain-lain deposit ((RM5.61 bilion), kertas Bank Negara (RM7.95 bilion), peruntukan SDR (RM28.47 bilion) dan lain-lain liabiliti (RM5.06 bilion).

BERITA BERKAIT
POPULAR