Risau melihat ‘pemimpin kesayangan’ tidak dilindungi sepenuhnya

Pengerusi Prasarana Bhd Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman hanya memakai face sheild tanpa pelitup muka ketika sidang media di ibu negara hari ini.

Pengerusi Prasarana Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dikritik ramai susulan tindakannya yang hanya memakai face shield (pelindung muka) tanpa pelitup muka ketika berada di dalam tren.

Menurut Public Health Malaysia pemakaian pelindung muka tidak mengantikan fungsi pelitup muka ia hanyalah perlindung tambahan bersama pelitup muka.

“Risau melihat pemimpin kesayangan tidak dilindungi sepenuhnya. Bukan apa dalam suasana sesak, pasti ada risiko penyebaran. Walaupun pernah dijangkiti, individu masih berpotensi untuk dijangkiti,”demikian menurut perkongsiannya di Facebook.

Mengulas perkongsian itu menurut Arm Ezad adalah sesuatu yang sukar untuk mendidik rakyat tentang kewajipan memakai pelitup muka di tempat awam sekiranya pemimpin tidak memberi contoh tauladan yang baik.

“Susah kalau pemimpin tak buat, orang awam akan cakap pemimpin boleh, konsep kita jaga kita bukan terpakai untuk orang awam je, mohon semua bagi kerjasama,” katanya.

Dalam pada itu menurut Aubrey Darr pemakian pelitup muka adalah wajib meskipun sudah mengenakan pelindung muka.

“Wajib pakai pelitup muka, ini bukan fesyen daripada pakai pelindung muka dan tak pelitup muka baik tak perlu pakai je semua,” katanya.

Kerajaan sebelum ini mewartakan bahawa individu yang hanya memakai pelindung muka tanpa mengenakan bersama pelitup muka di kawasan sesak boleh dikenakan kompaun.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata perkara itu jelas melanggar prosedur operasi standard (SOP) pencegahan Covid-19 sebagaimana diwartakan.

Jelasnya, setakat ini Kementerian Kesihatan (KKM) belum membenarkan pelindung muka menggantikan pelitup muka kecuali kepada pelajar sekolah.

“Pemakaian pelitup muka masih diwajibkan, jadi bagi yang memakai pelindung muka, masih perlu memakai pelitup muka di dalamnya dan pihak berkuasa boleh mengambil tindakan terhadap individu yang melanggar SOP ditetapkan,” katanya.

Katanya, pihak berkuasa boleh mengenakan kompaun terhadap individu yang memakai pelindung muka tanpa pelitup muka sebagaimana garis panduan ditetapkan KKM.

POPULAR