Ringgit tinggi berbanding dolar AS

July 1, 2022 · Isu semasa

Nilai ringgit melantun semula dan dibuka tinggi berbanding dolar AS menjelang mesyuarat keempat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) yang dijadualkan minggu depan, kata seorang penganalisis.

Ringgit sebelum ini telah mencatatkan penurunan selama dua hari dagangan berturut-turut.

Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4060/4070 berbanding dolar AS daripada 4.4075/4090 pada penutup semalam, menurut Bernama.

Rakan kongsi pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata pelabur pasaran telahpun mengambil kira jangkaan kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) oleh BNM kepada melebihi empat peratus.

“Dengan adanya subsidi dan kawalan harga serta langkah pelonggaran kuantitatif untuk menguruskan inflasi, BNM tidak perlu melakukan secara berlebihan terhadap kenaikan kadar.

“Justeru, kami berpendapat BNM tidak akan bertindak sebegitu agresif seperti penetapan harga pasaran, dan ini membuka pintu kepada ringgit yang lebih lemah kecuali jika Rizab Persekutuan (Fed) tidak menaikkan kadar selepas September,” katanya.

“Saya menjangkakan ringgit akan kekal lemah sehingga Lembaga Rizab Persekutuan menyatakan ia perlu mengurangkan kadar dan terdapat perubahan muktamad dalam dasar sifar COVID-19 China.

“Kami mengunjurkan gandingan dolar-ringgit diniagakan pada 4.45 sebelum bertambah baik pada suku keempat disebabkan oleh pemberhentian seketika dalam kenaikan kadar Fed dan pertumbuhan yang kian menggalakkan di China. Namun begitu, kami tidak membayangkan ringgit akan kembali kepada RM4.20 dalam masa terdekat dan menyasarkan RM4.35 untuk akhir tahun,” katanya.

Nilai ringgit bagaimanapun diniagakan rendah berbanding kumpulan mata wang utama yang lain.

Ringgit menyusut nilai sedikit berbanding pound Britain kepada 5.3559/3571 berbanding penutup Khamis pada 5.3485/3503 dan lemah berbanding yen Jepun kepada 3.2411/2423 daripada 3.2344/2357 sebelum ini.

Mata wang tempatan turut merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.1686/1696 daripada 3.1670/1685 sebelum ini dan lebih rendah berbanding euro kepada 4.6144/6155 daripada 4.5961/5977 semalam.

Berita berkaitan
Timbalan Presiden, bekas Presiden Paraguay dikenakan sekatan AS akibat rasuah
January 27, 2023· Dunia
Menteri KPKT kata pakar Singapura hanya untuk kongsi pengetahuan
January 26, 2023· Isu semasa
Amanah Kedah sokong pakar Singapura dibawa masuk KPKT, pertahan menteri DAP
January 26, 2023· Politik
Dah pupus ke pakar tempatan sampai nak import pakar Singapura, kata Faiz
January 23, 2023· Isu semasa
Popular
Perlis juga mahu tutup premis judi
February 1, 2023
Polis siasat NST, BH kerana dakwa murid SJKC tak minat belajar BM
February 1, 2023
Anwar lantik Izzah boleh bawa kepada nepotisme, kata IDEAS
February 1, 2023
Harga petrol dan diesel tak turun dan tak naik, kekal tak berubah
February 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Sabah catat peningkatan mangsa banjir, Johor turun
5 jam lalu · Isu semasa
Harga petrol dan diesel tak turun dan tak naik, kekal tak berubah
5 jam lalu · Isu semasa
Anwar lantik Izzah boleh bawa kepada nepotisme, kata IDEAS
8 jam lalu · Isu semasa
Polis siasat NST, BH kerana dakwa murid SJKC tak minat belajar BM
8 jam lalu · Isu semasa
Perlis juga mahu tutup premis judi
9 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Kerajaan negeri perlu tegas, bukan takut dengan pembela peneroka haram
4 jam lalu
[VIDEO] Anwar dalam diam ‘sedekah’ jawatan pada anak sendiri
18 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok