Ringgit terus turun berbanding dolar

June 14, 2022 · Isu semasa

Ringgit meneruskan penurunannya apabila dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) yang mengukuh hari ini, susulan sentimen berhati-hati berikutan jangkaan AS menaikkan kadar faedahnya selain unjuran suku terkini oleh Rizab Persekutuan (Fed) negara itu, kata peniaga.

Pada jam 9 pagi, ringgit susut kepada 4.4220/4245 berbanding dolar AS daripada 4.4170/4185 pada akhir urus niaga semalam, lapor Bernama.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata indeks dolar AS (DXY) meningkat kepada 105.078 mata yang juga angka tertinggi sejak 2002.

Menurutnya, dolar AS kekal menjadi pilihan ramai sejak Jumaat lepas apabila Indeks Harga Pengguna (IHP) mencecah paras lebih tinggi daripada dijangkakan.

“Unjuran ekonomi ketika mesyuarat Fed pada Mac lepas menyaksikan mereka menyemak semula unjuran Kadar Dana Fed bagi 2022 kepada 1.9 peratus daripada 0.9 peratus.

“Bagi 2023, unjuran kadar utama itu adalah pada 2.8 peratus daripada sebelumnya iaitu 1.6 peratus. Keadaan serupa bagi 2024 dengan unjuran Kadar Dana Fed pada 2.8 peratus daripada 2.1 peratus sebelum ini,” katanya kepada Bernama.

Beliau menjelaskan, berikutan itu kadar yang dilabelkan sebagai neutral — kadar yang sama ada menguncup mahu pun mengembang, terletak dalam lingkungan 2.5-3.0 peratus.

“Selain itu, kami juga percaya bahawa Fed tidak mahu mengurangkan aktiviti ekonomi dan sebaliknya akan memastikan ekonomi kekal stabil berikutan kesukaran menseimbangkan kadar inflasi yang mampan dan pertumbuhan.

“Mungkin juga pada tempoh tertentu tahun ini, Fed mahu menghentikan seketika kempen kenaikan kadar faedah kerana tindak balas dasar monetari (kenaikan kadar faedah) itu melibatkan tempoh sekitar 18 bulan sebelum kesannya terhadap ekonomi itu dapat dilihat,” katanya.

Anggota Jawatankuasa Pasaran Terbuka Fed akan membincangkan keputusannya dalam tempoh dua hari mulai 14 Jun, 2022.

Dalam pada itu ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding kelompok mata wang utama lain.

Ia mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.3754/3784 daripada 5.3892/3910 pada Isnin, naik berbanding dolar Singapura kepada 3.1742/1765 daripada 3.1770/1783 serta meningkat berbanding euro kepada 4.6091/6117 daripada 4.6211/6226 sebelum ini.

Ringgit bagaimanapun susut berbanding yen Jepun kepada 3.2963/2984 daripada 3.2830/2844.

Berita berkaitan
Bank Negara jangka ringgit tak cecah paras RM5 berbanding dolar
23 jam lalu· Isu semasa
Ringgit dibuka lemah berbanding dolar AS
June 8, 2023· Isu semasa
Ringgit rendah berbanding dolar AS
June 6, 2023· Isu semasa
Kenaikan OPR seperti di Singapura, akan bantu kukuh nilai mata wang: PMX
June 6, 2023· Politik
Popular
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
June 9, 2023
Tajaan JPA bagi bidang perubatan pergigian dan farmasi dihentikan
June 10, 2023
SPRM sahkan beku akaun bekas menteri kanan dalam siasatan dana RM2.3 bilion
June 9, 2023
Sanusi mohon perintah mahkamah tentukan skop pengampunan Anwar
June 9, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Lanjutkan pengecualian duti setem hartanah, kata persatuan kepada kerajaan
3 jam lalu · Isu semasa
Tajaan JPA bagi bidang perubatan pergigian dan farmasi dihentikan
4 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
23 jam lalu · Isu semasa
Khidmat Nor Shamsiah tak disambung, Shaik Abdul Rasheed jadi Gabenor baharu 1 Julai
23 jam lalu · Isu semasa
40 beg tangan 1MDB akan dilelong : Azalina
24 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Zahid sebak laungan bebas Bossku bergema depan Anwar
June 9, 2023
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
June 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok