Ringgit terus susut, saham harga murah dorong bursa dibuka tinggi

July 7, 2022 · Isu semasa

Nilai ringgit terus menyusut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini (Khamis, 7 Julai 2022), sementara Bursa Malaysia pula dibuka tinggi didorong pembelian saham murah selepas indeks utama merosot ke paras rendah dua tahun pada penutupan urus niaga semalam.

Dolar AS terus mengukuh dengan para peniaga masih mencerna minit mesyuarat terkini Rizab Persekutuan (Fed) pada Rabu.

Mata wang utama dunia itu melonjak berbanding mata wang pasaran maju dan sedang pesat membangun semalaman, dengan permintaan meningkat disebabkan kebimbangan kemelesetan global, kata penganalisis.

Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan susut kepada 4.4240/4265 berbanding dolar AS daripada 4.4225/4260 pada penutupan semalam, lapor Bernama.

Peniaga ActivTrades Dyogenes Rodrigues Diniz berkata dolar AS terus mengukuh berbanding ringgit hari ini, menguji paras tertinggi sejak Mac 2020.

Memandangkan Fed terus mengetatkan langkahnya untuk membendung inflasi, dolar AS dijangka terus meningkat berbanding mata wang lain.

“Dolar AS pada masa ini berada dalam zon rintangan penting berbanding ringgit, penerusan pergerakan kenaikan yang rancak memerlukan penembusan yang kukuh untuk melepasi 4.4500 manakala senario penurunan alternatif akan menyaksikan harga ditutup di bawah paras 4.4150.

“Ini akan memberi ruang kepada pergerakan menurun yang boleh membawa dolar ke paras 4.3650 dan 4.3400. Bagaimanapun, senario penurunan nampaknya berkemungkinan tidak berlaku pada masa ini memandangkan data makroekonomi AS dan ketidaktentuan yang semakin meningkat akibat perang Rusia dengan Ukraine,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan telah meningkat nilai berbanding pound Britiain pada 5.2752/2782 daripada penutupan Rabu pada 5.2800/2842 dan lebih tinggi berbanding euro kepada 4.5063/5088 daripada 4.5220/5256 semalam.

Ringgit turut meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.1501/1521 daripada 3.1504/1531 dan mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.2585/2605 daripada 3.2682/2710 pada hari Rabu.

Sementara itu, kemunculan kegiatan memburu saham berharga murah selepas indeks utama merosot ke paras rendah dua tahun pada penutupan urus niaga semalam mendorong FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka lebih tinggi pagi ini.

Pada jam 9.05 pagi, indeks utama meningkat sebanyak 2.44 mata kepada 1,423.29 daripada 1,420.85 penutupan urus niaga Rabu.

Indeks penanda aras itu meningkat 0.19 mata lebih tinggi pada 1,421.04 pada pembukaan urus niaga pagi ini.

Pergerakan harga di pasaran secara keseluruhan menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung 98 berbalas 89, manakala 187 kaunter tidak berubah, 1,850 tidak diniagakan dan tujuh yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 76.80 juta unit bernilai RM41.18 juta.

Menurut Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng, kegiatan memburu saham berharga murah muncul pagi ini terutamanya pada saham perbankan manakala stok perladangan dijangka terus merosot berikutan penyusutan harga minyak sawit mentah yang ditutup pada RM3,965 satu tan semalam.

“Kami mengunjurkan indeks akan bergerak dalam aliran antara 1,415-1,430 hari ini. Sementara itu, minyak mentah Brent turun lagi kepada sekitar US$101 setong berikutan permintaan yang lebih rendah,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank menokok tiga sen kepada RM8.65, CIMB naik tiga sen menjadi RM5.13 sementara Public Bank, Petronas Chemicals dan IHH Healthcare, kesemuanya tidak berubah, masing-masing pada RM4.39, RM8.65 dan RM6.38.

TNB pula turun dua sen kepada RM7.92 dan Press Metal kerugian satu sen menjadi RM4.50.

Bagi saham aktif, Datasonic menambah satu sen kepada 45 sen, Matang dan Dagang Nexchange tidak berubah, masing-masing pada 9.5 sen dan 75.5 sen, Seng Fong Holdings yang mula disenaraikan di Pasaran Utama susut empat sen kepada 71 sen, Hibiscus Petroleum turun 4.5 sen kepada 88 sen dan Eduspec lemah setengah sen kepada 1.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas peroleh 14.36 mata kepada 10,118.91, Indeks FBM Emas Syariah menambah 13.35 mata menjadi 10,162.06, Indeks FBM 70 meraih 7.82 mata kepada 12,181.09, Indeks FBMT 100 lebih tinggi sebanyak 14.47 mata kepada 9,876.91 dan FBM ACE menokok 4.33 mata kepada 4,631.05.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan mengembang 16.09 mata kepada 16,081.85, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.44 mata kepada 175.04, dan Indeks Perladangan meningkat 34.77 mata kepada 6,506.56.

Berita berkaitan
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar
January 17, 2023· Isu semasa
Manipulasi saham: Ahli perniagaan Malaysia dihukum penjara di Singapura
December 28, 2022· Politik
Ringgit menyusut ke paras RM4.40 berbanding dolar
December 13, 2022· Isu semasa
Menjelang PRU-15, nilai ringgit terus menjunam menghampiri RM4.80
November 2, 2022· Isu semasa
Popular
‘Kumpulan tuntut, serang Sabah bukan waris sah Sultan Sulu’
February 5, 2023
Sayur pula naik harga, kerajaan PH-BN gagal selesai masalah rakyat
February 5, 2023
Exco Selangor sahkan pembukaan tanah di Taman Negeri untuk pelaksanaan ECRL
February 4, 2023
Kumpulan terus desak pengeluaran KWSP bersasar, gesa kerajaan kasihani rakyat
February 4, 2023
Lagi Isu semasa terkini
580 mangsa banjir di 3 negeri pindah ke tujuh PPS hingga malam ini
11 jam lalu · Isu semasa
Sayur pula naik harga, kerajaan PH-BN gagal selesai masalah rakyat
12 jam lalu · Isu semasa
‘Kumpulan tuntut, serang Sabah bukan waris sah Sultan Sulu’
12 jam lalu · Isu semasa
Kanser serviks kerap serang wanita muda
20 jam lalu · Isu semasa
Elak rakyat muflis, CUEPACS cadang panjangkan tempoh bayaran pinjaman
February 4, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan ada peluang menang PRN, yang pasti UMNO ‘bungkus’
February 3, 2023
[VIDEO] Beku akaun Bersatu, sabotaj Perikatan menang PRN enam negeri
February 2, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok