Ringgit terus susut ke paras terendah sejak Januari 2017

August 19, 2022 · Isu semasa

Ringgit ditutup rendah hari ini terjejas oleh pengukuhan berterusan dolar AS susulan pengeluaran minit mesyuarat Rizab Persekutuan AS (Fed) yang membayangkan bahawa bank pusat itu akan terus menaikkan kadar faedahnya.

Pada 6 petang, unit tempatan ditutup pada 4.4760/4795 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.4720/4750 pada Khamis, lapor Bernama.

Ringgit mencatatkan aliran menurun selama lima hari berturut-turut dengan nilainya kekal paling rendah sejak Januari 2017.

Seorang peniaga berkata dolar AS melonjak di seluruh pasaran dengan Indeks Dolar AS meningkat kira-kira 0.4 peratus kepada 107.86 mata.

Menurutnya, para pelabur berharapkan ekonomi Amerika Syarikat dapat mengelakkan kemelesatan selepas data tuntutan pengangguran awal merosot kepada 250,000 minggu lepas, turun daripada semakan semula 252,000 yang direkodkan pada minggu sebelumnya.

Ringgit, bagaimanapun meningkat berbanding euro dan pound Britain selepas inflasi zon Eropah mencecah paras tertinggi baharu pada 8.9 peratus tahun ke tahun pada Julai, yang tertinggi dalam tempoh 25 tahun.

Sementara itu, inflasi di Jerman meningkat kepada 8.5 peratus pada Julai.

Keseluruhannya, ringgit diniagakan tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Unit tempatan meningkat berbanding euro kepada 4.5069/5104 daripada 4.5471/5502 dan naik berbanding pound Britain kepada 5.3126/3167 daripada 5.3959/3995 pada Khamis.

Ia meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.2767/2795 daripada 3.3077/3102 dan menokok sedikit berbanding dolar Singapura kepada 3.2225/2254 daripada 3.2371/2397 sebelumnya.

Berita berkaitan
Baik Zahid minta PM kerap buat mesyuarat ekonomi daripada PRU, kata pembantu Muhyiddin
September 30, 2022· Politik
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar selepas kejatuhan semalam
September 30, 2022· Isu semasa
Ringgit jatuh lagi menghampiri RM4.7O berbanding dolar
September 29, 2022· Isu semasa
DAP tolak PRU awal walaupun terpaksa terima kerajaan huru-hara, kata Loke
September 29, 2022· Politik
Popular
Hari ketiga perbicaraan kes Ebit Lew, seorang lagi pendakwah dijangka jadi saksi
September 29, 2022
Ejen kosmetik diculik di Tumpat cuba diseludup ke Laos: Laporan
September 30, 2022
Krisis ekonomi global 2023?
October 1, 2022
Kertas siasatan Hakim Mohd Nazlan selesai: SPRM
September 30, 2022
Lagi Isu semasa terkini
2,007 kes semalam, 5 kematian
2 jam lalu · Isu semasa
Gempa bumi di Indonesia dirasai penduduk sekitar Lembah Klang
2 jam lalu · Isu semasa
Krisis ekonomi global 2023?
5 jam lalu · Isu semasa
Ejen kosmetik diculik di Tumpat cuba diseludup ke Laos: Laporan
16 jam lalu · Isu semasa
Terbitan MGII Lestari kerajaan RM4.5b terlebih langganan 2.38 kali
16 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mesyuarat MKT UMNO putus 9 ketetapan
12 jam lalu
[VIDEO] 4 wilayah Ukraine jadi milik Rusia
13 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok