Ringgit terus merudum, ditutup RM4.53 berbanding dolar AS

September 15, 2022 · Isu semasa

Ringgit merudum lagi pada penutupan urus niaga pada Khamis (15 September 2022), berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), mencecah paras 4.53 yang juga terendah sejak krisis kewangan Asia, kata penganalisis.

Pada jam 6 petang, unit tempatan itu susut kepada 4.5340/5365 berbanding dolar AS daripada 4.5265/5285 pada akhir urus niaga Rabu.

Penganalisis berkata berikutan ketiadaan sebarang pemangkin baharu sebagai penarik ringgit, kalangan pelabur sebaliknya lebih menumpukan kepada dolar AS serta aset selamat lain.

“Selain itu, walaupun ringgit diniagakan rendah berbanding dolar AS, ekonomi Malaysia kekal kukuh dan tidak mengalami krisis sebagaimana ditegaskan oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz baru-baru ini,” katanya menurut Bernama.

Sementara itu, Penganalisis Pasaran ActivTrades Alexander Londono berkata pengukuhan dolar AS itu didorong oleh jangkaan peningkatan inflasi secara berterusan.

Menurutnya, penyusutan Bursa Malaysia turut memberi tempias terhadap ringgit apabila indeks petunjuk utama FBM KLCI susut sebanyak 1.13 mata kepada 1,467.31 hari ini daripada 1,468.44 pada Rabu.

“Di peringkat luar, sekiranya angka jualan runcit AS lebih baik daripada dijangkakan, ini akan menyuntik kenaikan dolar AS dan akibatnya gandingan ringgit-AS akan terus susut,” katanya.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding kumpulan mata wang utama.

Ringgit mengukuh berbanding pound Britain pada paras 5.2214/2242 daripada 5.2331/2354 sebelum ini dan meningkat berbanding dolar Singapura pada 3.2238/2261 daripada 3.2252/2268, sebelumnya.

Bagaimanapun, ringgit susut berbanding euro kepada 4.5317/5342 daripada 4.5306/5326 semalam dan rendah berbanding yen kepada 3.1647/1666 daripada 3.1616/1635, pada Rabu.

Berita berkaitan
Kadar kejatuhan ringgit menghampiri paras Krisis Kewangan Asia
March 29, 2023· Isu semasa
Ringgit menyusut pada sesi pagi, kena tempias kejatuhan Credit Suisse
March 16, 2023· Isu semasa
Ringgit dijangka berdepan tekanan berterusan
March 11, 2023· Isu semasa
Ringgit, pasaran Bursa ditutup rendah selepas pendakwaan bermotif politik
March 10, 2023· Isu semasa
Popular
KWSP: Kenapa PH-BN gagal fahami kesusahan, keterdesakan rakyat?
March 30, 2023
Najib kekal dalam penjara, mahkamah tolak permohonan semakan semula
March 31, 2023
MB Kedah arah agensi negeri beri komitmen 100% acara Persekutuan
March 31, 2023
Basikal lajak: Rayuan terakhir Sam Ke Ting, apa yang perlu diketahui
March 31, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Najib kekal dalam penjara, mahkamah tolak permohonan semakan semula
42 minit lalu · Isu semasa
Basikal lajak: Rayuan terakhir Sam Ke Ting, apa yang perlu diketahui
3 jam lalu · Isu semasa
Wan Saiful terus beri semangat kepada pencarum KWSP jalan kaki
3 jam lalu · Isu semasa
MB Kedah arah agensi negeri beri komitmen 100% acara Persekutuan
4 jam lalu · Isu semasa
Enam stesen LRT diberhentikan operasi, baiki landasan
4 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Machang tak buat laporan polis, dakwaan Jelutong berniat jahat
March 29, 2023
[VIDEO] Bantah bahasa Inggeris dalam RUU, Besut digantung tiga hari
March 29, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok