Ringgit terus menyusut berbanding dolar AS

April 27, 2023 · Isu semasa

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini menongkah arus berbanding aliran serantau, meskipun prestasi lemah dolar AS.

Mata wang Amerika Syarikat (AS) itu mencatatkan penurunan menjelang pengumuman data pertumbuhan ekonomi suku pertama ekonomi terbesar dunia itu pada lewat malam ini, di tengah-tengah kebimbangan isu lain di negara itu seperti risko penularan kegagalan perbankan, kelembapan ekonomi dan kebuntuan berhubung had siling hutang, kata seorang peniaga, menurut laporan Bernama.

Pada 6 petang, ringgit meneruskan aliran menurunnya turun kepada 4.4605/4660 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.4565/4585 pada Rabu.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata prestasi ringgit agak tidak menentu berbanding dolar AS hari ini, bergerak dalam jajaran RM4.4545 hingga RM4.4633.

Beliau berkata pengumuman data keluaran dalam negara kasar (KDNK) suku pertama 2023 AS pada malam ini akan dipantau rapat ketika peserta pasaran mencari petunjuk berkaitan momentum pertumbuhan yang perlahan dan bank pusat melakukan persediaan berdepan risiko pertumbuhan negatif.

“Pengelakan risiko mula berlaku dan ia akan menjadikan mata wang pasaran negara sedang pesat membangun menyusut berbanding dolar AS. Sekiranya KDNK suku pertama 2023 AS berada jauh di bawah unjuran pasaran pada 1.9 peratus, ia mungkin meningkatkan permintaan terhadap dolar AS dan akan menyebab ringgit menjadi lemah dalam tempoh terdekat ini,” katanya kepada Bernama.

Pengarah urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata pasaran masih kurang keyakinan terhadap ringgit, namun, jualan bagi minggu ini perlahan pada hari ini apabila pasaran eksport domestik menjangka ringgit berada di paras kemuncak penurunannya dan menjual dolar AS.

“Kami berpandangan tiga faktor yang menyebabkan penurunan ringgit adalah kebimbangan terhadap kemampanan pemulihan China, kemerosotan sentimen risiko global disebabkan kebimbangan kemelesetan dan kebimbangan terhadap persengketaan teknologi antara AS dan China.

“Ia menyebabkan kebimbangan di banyak pasaran manakala harga minyak terus menyusut yang memberi kesan negatif kepada ringgit semalaman,” katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain kecuali euro.

Unit tempatan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.3337/3381 daripada 3.3397/3415 pada Rabu, naik berbanding pound Britain kepada 5.5506/5575 daripada 5.5573/5597 dan susut berbanding euro kepada 4.9235/9296 daripada 4.9209/9231.

Bagaimanapun ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang negara-negara Asean lain.

Unit tempatan susut berbanding rupiah Indonesia kepada 303.2/303.7 daripada 300.3/300.6 pada Rabu dan turun berbanding baht Thai kepada 13.0626/0841 daripada 13.0261/0365.

Ia meningkat berbanding peso Filipina kepada 8.00/8.02 daripada 8.01/8.02 dan naik berbanding dolar Singapura kepada 3.3379/3423 daripada 3.3387/3405.

Berita berkaitan
Ringgit dibuka menghampiri RM4.70 berbanding dolar
September 22, 2023· Isu semasa
Ringgit menyusut, menghampiri paras RM4.70 berbanding dolar
September 20, 2023· Isu semasa
Ringgit ditutup rendah lagi berbanding dolar
September 14, 2023· Isu semasa
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar
September 12, 2023· Isu semasa
Popular
Peningkatan mangsa banjir di Sabah dan Perak
September 23, 2023
Kes bunuh tiga warga Sri Lanka: Polis buru dua suspek
September 23, 2023
Tun M komited bantu pembangunan ekonomi ‘SG4’
September 21, 2023
Ringgit dibuka menghampiri RM4.70 berbanding dolar
September 22, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh tiga warga Sri Lanka: Polis buru dua suspek
23 jam lalu · Isu semasa
Peningkatan mangsa banjir di Sabah dan Perak
23 jam lalu · Isu semasa
Polis Perak rampas dadah RM1.5 juta, lima orang ditangkap
September 22, 2023 · Isu semasa
Banjir Perak: Jumlah mangsa dipindah meningkat pagi ini
September 22, 2023 · Isu semasa
Nasib Syed Saddiq diketahui 9 Nov, dibebas atau disabit empat pertuduhan
September 21, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tok Guru Hadi di Simpang Pelangai
19 jam lalu
[VIDEO] Dah bohong sini, dia bohong di New York
20 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok