Ringgit terus lemah

September 23, 2022 · Isu semasa

Ringgit terus lemah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), mencecah paras 4.57 apabila dolar terus mengukuh selepas kenaikan kadar faedah terbaharu oleh bank pusatnya. Harga minyak yang lebih rendah turut menjejaskan mata wang tempatan.

Pada jam 6 petang hari ini (23 September 2022), mata wang tempatan susut kepada 4.5775/5800 berbanding dolar AS daripada 4.5660/5695 pada penutupan Khamis.

Ringgit didagangkan pada sekitar 4.55 hingga 4.57 sepanjang hari, menurut Ambank Research.

“Ringgit dijangka didagangkan antara paras sokongan 4.55 dan 4.58, manakala rintangan disematkan pada 4.60 hingga 4.65 dalam beberapa hari akan datang,” katanya dalam nota hari ini.

Bank Negara Malaysia (BNM) akan terus memantau dengan teliti dan memastikan keadaan pasaran kewangan yang teratur di tengah-tengah perkembangan luaran yang telah membawa kepada kekuatan berterusan dolar Amerika Syarikat (AS) berbanding hampir semua mata wang, termasuk ringgit.

Bagaimanapun, bank pusat itu berkata pergerakan ringgit akan terus ditentukan pasaran dan pertukaran asing yang terus berfungsi dan menjadi perantara dengan berkesan.

Dalam kenyataan pada Jumaat, BNM menjelaskan nilai dolar AS telah menjadi kukuh dengan ketara disebabkan oleh dasar monetari di AS yang diperketat secara agresif.

“Keadaan kewangan global yang lebih ketat dan volatiliti yang lebih ketara dalam pasaran pertukaran asing dijangka tidak menjejaskan pertumbuhan ekonomi Malaysia,” kata BNM seperti dilapor Bernama.

Setakat ini, penanda aras harga minyak mentah Brent susut 1.95 peratus kepada AS$88.70 setong.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ringgit naik berbanding dolar Singapura kepada 3.2130/2152 daripada 3.2196/2225 pada penutup semalam, menambah nilai berbanding pound Britain kepada 5.0957/0985 daripada 5.1564/1603, dan meningkat berbanding euro kepada 4.46086/471086 /5037 pada Khamis.

Bagaimanapun, ia susut berbanding yen Jepun kepada 3.2091/2113 daripada 3.1890/1919 sebelumnya.

Berita berkaitan
Krisis ekonomi global 2023?
October 1, 2022· Isu semasa
Baik Zahid minta PM kerap buat mesyuarat ekonomi daripada PRU, kata pembantu Muhyiddin
September 30, 2022· Politik
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar selepas kejatuhan semalam
September 30, 2022· Isu semasa
Ringgit jatuh lagi menghampiri RM4.7O berbanding dolar
September 29, 2022· Isu semasa
Popular
Anak bekas Menteri Agama meninggal dunia, Al Fatihah
October 2, 2022
81% pencarum KWSP Bumiputera miliki kurang RM1,000: Laporan
October 1, 2022
Kawasan Parlimen Mat Maslan dilanda banjir lagi
October 2, 2022
Rugi jika bubar MPN
October 2, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Pakar tempatan juga ada keupayaan urus ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi
3 jam lalu · Isu semasa
Kawasan Parlimen Mat Maslan dilanda banjir lagi
3 jam lalu · Isu semasa
KDN komited selesaikan isu sejuta penduduk tanpa dokumen di Sabah
9 jam lalu · Isu semasa
Rugi jika bubar MPN
9 jam lalu · Isu semasa
Anak bekas Menteri Agama meninggal dunia, Al Fatihah
10 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Sekolah jadi pusat mengundi atau penempatan mangsa banjir, soal Rina Harun
2 jam lalu
[VIDEO] Mesyuarat MKT UMNO putus 9 ketetapan
October 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok