Ringgit terus lemah berbanding dolar AS, tapi bursa kekal positif

August 26, 2022 · Isu semasa

Ringgit terus mencatat penyusutan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika sesi urus niaga pagi ini (26 Ogos 2022) kerana kurang pemangkin, namun Brusa Malaysia pula menunjukkan prestasi positif.

Pada jam 9.22 pagi tadi, ringgit berada pada paras 4.4730/4760 berbanding dolar AS pada penutupan Khamis iaitu 4.4700/4730, sementara indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat sebanyak 2.29 mata untuk mencapai paras 1,497.78 daripada penutupan urus niaga Khamis 1,495.49.

Peniaga ActivTrades Dyogenes Rodrigues Diniz berkata selepas pergerakan secara menaik yang panjang bermula sejak Mac, dolar AS dijangka boleh kembali lemah menjelang ucapan oleh pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat, Jerome Powell di Jackson Hole lewat hari ini.

Beliau berkata pasaran agak bimbang menantikan ulasan daripada Powell kerana terdapatnya beberapa perselisihan pendapat dalam kalangan pengarah Fed mengenai saiz kenaikan kadar faedah seterusnya, yang akan diumumkan pada mesyuarat akan datang pada bulan September.

“Bergantung pada mesej yang disampaikan Powell, dolar AS/ringgit boleh jatuh serendah 4.4230 dan 4.3600 dalam masa beberapa minggu,” kata Diniz dalam nota hari ini, menurut Bernama.

Sementara itu, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan menambah nilai berbanding euro kepada 4.4582/4612 daripada penutup Khamis pada 4.4673/4703 dan agak tinggi berbanding dolar Singapura pada 3.2171/2197 daripada 3.2174/2201 sebelumnya.

Ringgit turut meningkat berbanding pound Britain kepada 5.2862/2897 daripada 5.2902/2938 semalam dan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.2736/2760 daripada 3.2750/2774 pada Khamis.

Sementara itu, Bursa Malaysia dibuka 0.15 peratus lebih tinggi hari ini, dirangsang oleh sentimen yang bertambah baik, menyaksikan indeks penanda aras itu kembali melepasi paras 1,500, kata seorang peniaga.

Indeks utama itu memulakan dagangan pagi ini 0.89 mata lebih kukuh pada 1,496.38.

Bagi pergerakan harga di pasaran secara meluas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi 190 berbalas 188, manakala 250 kaunter tidak berubah, 1,731 tidak diniagakan dan 35 yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 273.54 juta unit bernilai RM163.66 juta.

Menurut Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Thong Pak Leng, sentimen kenaikan harga pada sesi pembukaan hari ini disokong lagi oleh beberapa laporan pendapatan positif semalam, justeru, indeks komposit dijangka bergerak dalam julat 1,500-1,515.

“Minat belian akan tertumpu kepada saham berkaitan perbankan dan teknologi hari ini,” katanya.

Beliau menambah Wall Street ditutup pada paras tertinggi seharian semalaman, menjelang ucapan Pengerusi Rizab Persekutuan Amerika Syarikat Jerome Powell di Jackson Hole lewat hari ini.

Berita berkaitan
Ringgit menyusut, menghampiri paras RM4.70 berbanding dolar
September 20, 2023· Isu semasa
33 peratus saham Boustead Plantations dijual untuk selesai hutang: Menteri
September 19, 2023· Isu semasa
Ringgit ditutup rendah lagi berbanding dolar
September 14, 2023· Isu semasa
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar
September 12, 2023· Isu semasa
Popular
Ribuan peniaga diramal gulung tikar ekoran kenaikan harga bahan mentah: Laporan
September 20, 2023
Zaid Ibrahim disiasat bawah Akta Hasutan, diambil keterangan
September 21, 2023
Kemalangan treler: Pekerja Pos Malaysia dan Mahkamah Ampang dikenal pasti maut
September 20, 2023
Pemandu bas sekolah dijatuhi hukuman penjara lapan tahun kerana meliwat
September 20, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Zaid Ibrahim disiasat bawah Akta Hasutan, diambil keterangan
3 jam lalu · Isu semasa
RM4 juta masuk akaun Najib dari syarikat berkait Jho Low: Saksi
3 jam lalu · Isu semasa
Kemalangan treler Putrajaya: Pemandu direman empat hari
3 jam lalu · Isu semasa
Penagih dadah meningkat 27 peratus, kata AADK
6 jam lalu · Isu semasa
Kemalangan treler: Pekerja Pos Malaysia dan Mahkamah Ampang dikenal pasti maut
19 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Susah senang bersama, PN tidak akan khianat pengundi sertai kerajaan PH-BN
2 jam lalu
[VIDEO] Rakyat beratur beli beras Rahmah macam negara kita miskin
6 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok