Ringgit terus jatuh pagi ini, aktiviti pengambilan untung jejas bursa

October 20, 2022 · Isu semasa

Prospek Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) yang mungkin menaikkan lagi kadar dasar semalaman (OPR) terus mempengaruhi ringgit serta mata wang utama lain dunia.

Kekukuhan dolar AS, yang kini menjadi mata wang pilihan selamat, serta kekurangan pemangkin menyebabkan nilai ringgit meneruskan aliran menurun ketika dibuka pagi ini (20 Oktober 2022).

Ringgit diniagakan pada 4.7250 berbanding satu dolar AS, setelah jatuh 35 mata asas kepada 4.7180 semalam.

Kejatuhan harga minyak mentah, mengheret turun dagangan ringgit pada awal sesi urus niaga.Minyak mentah Brent dilaporkan turun 0.17 peratus kepada AS$92.25 setong.

Ringgit bagaimanapun naik sedikit berbanding pound Britain kepada 5.2948 daripada 5.3233 semalam dan dolar Singapura kepada 3.3146.

Sementara itu, FBM KLCI tunduk kepada aktiviti pengambilan untung pada awal daganganhari ini, berikutan penutupan semalaman yang lebih lemah di Wall Street dan pasaran Eropah.

Indeks 30 saham jatuh 2.15 mata, atau 0.15 peratus kepada 1.412.95 pada 9.12 pagi. Indeks dibuka pada 1,414.72, turun 0.38 mata.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Menjelang PRU-15, nilai ringgit terus menjunam menghampiri RM4.80
November 2, 2022· Isu semasa
Ringgit merosot lagi pada awal sesi dagangan.
October 31, 2022· Isu semasa
Nilai ringgit jatuh pada sesi pembukaan
October 28, 2022· Isu semasa
Ringgit dibuka paras RM4.70 berbanding dolar
October 27, 2022· Isu semasa
Popular
Selepas Anwar lantik diri jadi Menteri Kewangan, ketua setiausaha perbendaharaan dicutikan?
December 6, 2022
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
December 5, 2022
16 pesakit Covid-19 meninggal dunia semalam, tujuh direkodkan di Kedah
December 7, 2022
Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Najib singkir Sri Ram
December 7, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Najib singkir Sri Ram
5 jam lalu · Isu semasa
Saman ibu model warga Belanda dibunuh akan dibicarakan
7 jam lalu · Isu semasa
32 mangsa banjir di daerah Jelebu dipindahkan
14 jam lalu · Isu semasa
16 pesakit Covid-19 meninggal dunia semalam, tujuh direkodkan di Kedah
16 jam lalu · Isu semasa
Selepas Anwar lantik diri jadi Menteri Kewangan, ketua setiausaha perbendaharaan dicutikan?
December 6, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
8 jam lalu
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
16 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok