Ringgit terus jatuh kepada 4.71, bursa susut selepas dibuka tinggi

October 17, 2022 · Isu semasa

Nilai ringgit terus jatuh ketika awal dagangan pagi ini (Isnin, 17 Oktober 2022) setelah menjunam kepada paras terendah dalam tempoh 24 tahun ketika urus niaga ditutup petang Jumaat, 14 Oktober.

Manakala, Bursa Malaysia pula didagang tinggi pada pembukaan pagi ini, namun jatuh dalam beberapa minit kemudian.

Ketika urus niaga dibuka jam 9 pagi ini, ringgit jatuh lagi kepada 4.71 berbanding satu dolar Amerika Syarikat (AS). Ringgit ditutup pada 4.70 pada Jumaat.

Ringgit juga dilaporkan diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama lain.

Ringgit jatuh sedikit berbanding pound kepada 5.2871 daripada 5.2870 pada penutup Jumaat. Mata wang itu juga jatuh sedikit berbanding euro kepada 4.5909 daripada 4.5741, dan susut berbanding dolar Singapura kepada 3.3074 daripada 3.3029.

Sementara itu, bursa saham tempatan yang dibuka tinggi pagi ini, jatuh dalam tempoh beberapa minit kemudian susulan tindakan pelabur untuk mengaut keuntungan.

Penanda aras FBM KLCI susut 0.19 mata kepada 1,382.28, ketika dibuka pagi ini. Ia ditutup 1,382.47 pada Jumaat.

Indeks penanda aras dibuka 1.03 mata lebih tinggi pada 1,383.50.

Di pasaran yang lebih luas, 249 kaunter rugi mengatasi kaunter untung (126 kaunter); tidak berubah (227 kaunter), tidak diniagakan (1,743 kaunter); dan 17 kaunter digantung.

Jumlah dagangan mencecah 200.65 juta unit bernilai RM100.4 juta.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Sokongan Melayu terhadap BN merosot : Kajian
November 4, 2022· Politik
Menjelang PRU-15, nilai ringgit terus menjunam menghampiri RM4.80
November 2, 2022· Isu semasa
Ringgit merosot lagi pada awal sesi dagangan.
October 31, 2022· Isu semasa
Nilai ringgit jatuh pada sesi pembukaan
October 28, 2022· Isu semasa
Popular
Bos Mydin jawab idea import telur dicadang Mat Sabu tak masuk akal
December 8, 2022
Bukan RM600 bilion, SPRM sahkan terima butiran daripada MoF untuk siasatan
December 9, 2022
Satu lagi nama kementerian ditukar kerajaan baharu
December 9, 2022
Persatuan bimbang harga simen naik, apa kerajaan PH-UMNO buat?
December 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Satu lagi nama kementerian ditukar kerajaan baharu
9 jam lalu · Isu semasa
Persatuan bimbang harga simen naik, apa kerajaan PH-UMNO buat?
14 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah arah Bung Moktar dan isteri bela diri, permohonan semakan ditolak
16 jam lalu · Isu semasa
Bukan RM600 bilion, SPRM sahkan terima butiran daripada MoF untuk siasatan
16 jam lalu · Isu semasa
MetMalaysia keluar amaran hujan lebat tahap bahaya di Kelantan, Terengganu
19 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Annuar Musa, 2 pemimpin wanita sah dipecat dari UMNO
14 jam lalu
[VIDEO] Isu kemiskinan pesawah, aktiviti kartel padi perlu perhatian kerajaan pusat
15 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok